Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 8, 2015

1MDB ada kaitan dengan pembunuhan Hussein Ahmad Najadi?

Kalau benar takkan tak ada bukti?
Tuduhan seberat ini tanpa fakta dan bukti adalah zalim!

Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Astro Awani | Kemas kini: Julai 07, 2015
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.

Dalam pada itu, Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh bagi menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dan adalah bagus sekiranya RCI tersebut dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan Najib dalam skandal 1MDB ini dan membuktikan beliau tidak bersalah," katanya.

Menurut Lim, RCI tersebut perlu diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan laporan dan dalam tempoh tersebut Najib perlu mengambil cuti.

Jumaat lalu, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Kedua-dua WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkembangan terbaru, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan dana disalurkan ke akaun Najib memaklumkan bahawa enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.

3 comments:

  1. Hussein Najadi BUKAK AMBANK bagi orang orang Melayu kerja bukan nya ramai pon di kasi KIOK nya

    Kepala Otak !!!!!

    Si Bahalol apa jasa nya pada Melayu Melayu???

    FELDA tunggu masa nak bungkus

    Tabung Hajji tunggu masa di penuhi GAGAK

    MARA akan jadi papa belanja tuk kaya se ekor dua bebudak bahalol

    Lahanat Betul.

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Sekiranya benar pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi telah membuat laporan polis mengenai transaksi sejumlah wang yg amat besar masuk ke dlm akaun banknya, lalu dia perlu didiamkan terus maka, siapakah yg mengetahui maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat? Pastinya anggota polis yg menerima laporan itu yg mula sekali tahu, kemudian menyalurkan maklumat tersebut kpd pegawai atasan dan seterusnya bla bla bla. Siapakah yg berkepentingan untuk menutup aktiviti transaksi yg meragukan itu? Bank juga perlu menjalani auditan perbankan, maka perkara yg hendak dirahsiakan itu tetap akan terbongkar jua. Selain itu adalah dipercayai bukan hanya Hussein Ahmad Najadi seorang shj yg tahu mengenai transaksi tersebut, sudah tentu terdapat beberapa pegawai/kakitangan bank yg lain turut mengetahuinya. Itupun jika pembunuhan pengasas AmBank itu ada kaitan dgn skandal 1MDB, diharap pihak yg menyiasat tidak melakukan penyiasatan berpilih.

    ReplyDelete
  3. Halus permainan sang politik...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa