Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 7, 2015

Benarkah 3 daripada 6 akaun dibeku miliknya? Dan Najib tersudut ke jalan buntu?

Najib akhirnya tersudut ke jalan buntu?
mk - 7:00PM - 7 Jul 2015

Selepas pukulan mengejutkan The Wall Street Journal (WSJ) pada minggu lalu, nasib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDN disalurkan ke akaun didakwa milik Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

Najib menafikannya.

Bagaimanapun ia gagal memberhentikan kritikan menggunung dan bertali arus yang terus mendesak beliau berundur selepas enam tahun mentadbir negara.

Malaysiakini bercakap dengan dua penganalisis politik  Khoo Ying Hooi (Universiti Malaya) dan  James Chin (Universiti Tasmania) berhubung perkara itu.

Malaysiakini: Adakah Najib berdepan jalan buntu?

Khoo (gambar)Jawapan pendeknya, ya. 1MDB bukan hanya mencetuskan kegemparan di kalangan pembangkang tetapi juga orang awam secara umum.

Tetapi apa yang lebih penting, ia turut menggegarkan gabungan parti pemerintah BN.

Chin: Tidak juga, apa yang beliau perlu buat adalah nafi dan selagi Majlis Tertinggi Umnbo dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terima, beliau (Najib) selamat.... Hanya TPM boleh paksa beliau letak jawatan.

Tetapi beliau tidak dapat berundur kerana ia boleh beri tanggapan beliau bersalah terhadap dakwaan-dakwaan dilemparkan dan ia boleh undang pemburuan terhadap beliau dan anggota keluarganya. Pandangan anda?

Khoo: Dengan meletakkan keadaan politik dalam keadaan tidak menentu, apatah lagi nilai ringgit kini terendah sejak 1998, persoalannya sama ada beliau bersalah atau tidak tidak lagi sesuatu yang paling penting kerana keburukan telah pun berlaku.

Kenyataan tidak jelas dan maklumat diberikan kepada orang ramai dalam isu ini telah menggegarkan kepercayaan awam di tahap paling rendah. 


[Baca berita asal]

Sumber: 3 daripada 6 akaun dibeku milik PM
mk - 4:43PM - 7 Jul 2015

Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan,Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut.

"Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.

Pembekuan akaun itu ekoran penyiasatan selama empat hari oleh empat badan yang terdiri daripada Bank Negara, polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini dibuat selepas laporan Wall Street Journal (WSJ)mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib. 

Pada hari Sabtu, dilaporkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan pasukan petugas itu juga membuat serbuan ke atas tiga buah syarikat pada hari Jumaat dan merampas dokumen dari pejabat mereka.

Tiga syarikat itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Perdana Menteri telah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang sabotaj politik terhadapnya.

Beliau juga telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya, dan sedang menimbang untuk menyaman WSJ.

WSJ mempertahankan laporannya, dengan berkata ia berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia
.

4 comments:

  1. Dah beku? Aku baru berkira2 nak bank in rm5-10 tiap2 akaun tu, nak tengok nama siapa yang muncul dlm skrin mesin deposit tu.

    ReplyDelete
  2. TAMAK

    Itu punca nya

    Sebab tak pernah pergi tanah kuboran ambil iktibar.

    Bahalol !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak beraya lah najib tahun ni. Doa rakyat teraniaya pasti nya termakbul apatah lagi di bulan mulia ni..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa