Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)

Tuesday, July 7, 2015

1MDB: Apa yang korang nampak dari laporan ni?

1MDB: Enam akaun bank terlibat dalam siasatan dibekukan
Abdul Hakim RahmanAstro Awani | Kemas kini: Julai 07, 2015

1MDB: Enam akaun bank terlibat  dalam siasatan dibekukan
Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan dana disalurkan ke akaun perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu pasukan itu juga memaklumkan siasatan masih lagi berjalan dan semua pihak diminta agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sabtu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya memaklumkan siasatan ke atas tiga syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri telah dilakukan dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.

Tiga syarikat itu adalah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Siasatan dilakukan oleh sebuah kumpulan penyiasat pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Abdul Gani juga mengesahkan bahawa pasukan khas itu telah memulakan siasatan berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan kepada beliau beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.

"Siasatan akan memfokus setiap aspek yang dibangkitkan," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu.

4 comments:

  1. sila rujuk blog Zakri Ali utk ketahui pembunuhan CEO Ambank.

    ReplyDelete

  2. Mengapa?

    MENGAPA & kenapa??

    Mengapa org2 umno pon nampak senyap aje???

    Kenapa org2 umno TAK sebut pon soal logik @ TAK logik????

    Kenapa mrk TAK bela pon PM sprt hebatnya sokongan ularrmak siku-LUTUT itu?????

    HERAN

    TUP-tup!

    MENGAPA tiba2 ularrrmak siku-LUTOT mmbela PM sesumpah itu rak-bagai nak gila?

    Kenapa ularrmak si-bapakFITNAH meroyan tahap GABAN bercakap pasal 4 org saksi??

    RASUAH!

    FITNAH & RASUAH!!

    BUKAN..bukankah disebalik sgl "FITNAH" itu tersembunyi umpan-BANGKAI-songlap-RASUAH???

    LOGIK...logik kah silebai kopiah-SORBAN-jubah telah pon menelan BANGKAI-songlap-RASUAH????

    LOGIK..logik kah jenayah pilkuda TAK pi repot kat polis tp pi repot kat TV3?????

    LOGIK..dimana logiknya buat FITNAH w.pon TANPA bukti & juga SAKSI??????

    SEMOGA

    Semoga CAHAYA

    Semoga CAHAYA maha7TERANG akan bnar7MENYULOH dgn seterang2nya akan sgl rahsia disebalik FITNAH pilKuda yg sgt2 hampir sblum pru-13 itu..

    Semoga CAHAYA maha7TERANG dpt bnar7MENYULOH..bhw disebalik FITNAH itu ada rahsia RASUAH yg nyata!?

    2013

    pru-13

    Akaun duit masuk pon 2013?

    FITNAH pilKuda pon 2013 juga??

    WATIKAH khianat 3penjuru pon sarat trjd 2013???

    Mintak Tengku Razaligh mnjd PM pon Pru-13 jugak????

    Oh! TUHAN..

    "Rabbana ma holakta haza BATIILA.."

    ..."ariinal haqqa-HAQQAN.."

    Berikan lah kami sbnr7CAHAYA utk mmbuka sgl makna/ERTI/definasi yg hakiki trhdp "RAHSIA" sbnr7KBNARAN ddlm hidup ini..

    ReplyDelete

  3. Mengapa?

    Replies
    1. Allah maha adil..dh terungkai satu persatu..ularmak akhir zaman..smuanya utk jawatan dan habuan doonia sahaja..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa