Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 5, 2015

1MDB semakin terselak?

Sunday, July 5, 2015
Peguam Negara sahkan lihat dokumen yang dimaksudkan WSJ

Aku setuju dengan pendapat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni.. katanya berdasarkan kenyataan dibuat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini, secara tidak langsung telah memberi wibawa kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian mengenainya oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim juga bertanya apakah Peguam Negara akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan 'info-info palsu' yang didedahkan seorang bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

"Jika ya, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara?" katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Disebabkan Gani sendiri mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes penyaluran dana 1MDB yang menggemparkan itu, Tuan Ibrahim sekali lagi mendesak Najib bercuti serta-merta agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas...
Peguam Negara lihat dokumen siasatan 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

"Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

"Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

"Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani tidak menjelaskan butiran lanjut dokumen yang dimaksudkan.

Katanya, siasatan akan ditumpukan kepada setiap aspek yang dibangkitkan

Semalam Wall Street Journal membuat laporan mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta ke akaun persendirian "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Selepas Najib memberikan penjelasan mengenainya hari ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menggesa perdana menteri membuat pengesahan atau penafian meyakinkan berhubung kewujudan akaun berkenaan lapor Malaysiakini - sumber

2 comments:

  1. Hah!!!!!!!!

    Pagi pagi pergi ATM tekan tekan ada 2,6 Billion Ringgit (USD700 Milion)......

    Yahoo!!!!!!!!!!!!!!!

    Eh. Ini bukan duit aku lah.....

    ReplyDelete
  2. Senang betol dapat duit
    Macam dapat durian runtuh
    Maklumlah musim durian!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa