Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 5, 2015

Memanggil pilihan raya mengejut? Mimpilaa......!

Nak hadapi pemilihan dalam parti sendiri pun takut dan ditunda
Inikan pula nak panggil Pilihanraya Mengejut?

Perkara terbaik buat Najib adalah memanggil pilihan raya mengejut 
09:30PM Jul 04 2015
oleh Hazlan Zakaria

PENDAPAT: Dikepung di hadapan, diburu di segenap penjuru, Perdana Menteri Najib Razak boleh sama ada meletak jawatan secara terhormat atau tinggalkan penyiasatan yang belum selesai, tetapi perkara terbaik buat beliau mungkin adalah memanggil pilihan raya mengejut.
Tetapi semulia darah keturunan beliau, susur galur tidak menjamin keupayaan atau semangat mulia seseorang. Mempunyai darah mulia atau darah diraja tidak menjadikan seseorang itu mulia atau agung. Ianya memerlukan karakter dan lebih dari sekadar gelaran untuk mendapatkan perkara luhur seperti itu.
Maka tindakan terburu-buru beliau untuk menafikan berita dakwaan penyelewengan kewangan beliau, tudingan jari beliau kepada orang lain dan cubaan perhubungan awam beliau dalam menguruskan krisis ini menunjukkan beliau tidak mengambil jalan mulia, tetapi cubaan untuk mempertahankan selagi yang boleh.
Ini kerana dakwaan ke atas beliau yang semakin memuncak daripada pemimpin lemah dan tidak tegas kepada tuduhan melulu cubaan jenayah.
Tuduhan tindakan menyeleweng Najib melibatkan 1MDB sekarang ini telah memuncak untuk mendakwa beliau telah menyeleweng wang daripada dana berdaulat itu atau menggunakannya untuk kempen politik beliau.
Sementara Dr Mahathir Mohamed, kumpulan dalam Umno, Pembangkang dan sejumlah besar rakyat telah meminta beliau bertanggungjawab sejak sekian lama, sekarang ini media asing juga telah turut menyertai, untuk apa saja sebab yang mereka ada.
Najib telah menyalahkan Mahathir dan melabel beliau sebagai punca migrain beliau.
Walaupun mungkin kerumitan serangan ke atas beliau dan jejak ‘bukti’ yang disengajakan memberikan beliau sebab untuk membuat dakwaan begitu.

Ianya jelas merujuk bagaimana ketua umum PKR yang dipenjarakan dan bekas anak didik Mahathir, Anwar Ibrahim menerima akibat tindakan doktor itu.
Atau mungkin Najib seorang yang bodoh, untuk menggunakan akaun dengan nama sendiri untuk menyalurkan wang itu. Atau beliau benar-benar telah diperangkap, atau seorang ‘pembantu’ yang bertindak sendirian untuk mengenakan PM akan ke hadapan untuk mengakui jenayahnya.
Benar atau tidak, Najib telah teruk terjejas. Kerosakan telah mencapai tahap yang teruk sekali sehinggakan cara untuk menebusnya adalah dengan melepaskan jawatan dengan terhormat. Ini sajalah yang tinggal untuk beliau.
Tetapi memandangkan Najib tidak mempunyai sebarang paksaan dalam dirinya untuk menjadi muliau, beliau mungkin menjadi berdendam dan berniat jahat.
Jika beliau ingin meletak jawatan, tidak kira betapa mulia pun, ia hanya membuka pintu kepada salah satu musuh beliau untuk mengambil alih kuasa. Dan beliau sendiri mungkin akan dapati beliau mempertahankan diri terhadap dakwaan jenayah.
Tetapi jika beliau berbuat begitu dan kekal menundukkan kepalanya, diam-diam mengorbankan dirinya - demi Umno, sudah tentu - beliau mungkin, seperti sejarah parti Melayu itu telah buktikan, akan dibenarkan untuk mengekalkan sebahagian hartanya dan kembali kepada dunia politik.
Ini akan berlaku hanya selepas beberapa tahun diberi ‘hukuman’ oleh parti itu telah berlalu. Walaupun dakwaan jenayah ke atas beliau dan kebarangkalian pendakwaan mungkin bertukar arah atas rayuan atau mungkin dibuang begitu saja seperti bekas menteri dan ahli politik yang lain.
Najib masih lagi tidak dilihat sebagai seseorang yang akan berbuat begitu, atau mungkin orang di sekeliling beliau tidak membenarkan beliau buat begitu.
Justeru jalan terbaik oleh Najib keluar daripada bencana ini, walaupun lemahnya, adalah membubarkan kerajaan dan memanggil pilihan raya mengejut.
Dengan apa saja masih terawangan sekarang ini, ianya mungkin masa paling buruk buat Umno dan BN untuk menghadapi pilihan raya umum.
Walaupun pembangkang yang pernah dikenali sebagai Pakatan Rakyat sedang dibelenggu masalah, mereka mungkin akan membuat kemunculan semula akibat daripada krisis 1MDB sahaja.
Dan ia akan menjadi satu masa yang sukar buat Umno dan BN, bahawa mereka akan kalah lebih teruk lagi dalam pilihan raya umum, jika dipanggil. Ianya jika mereka tidak kehilangan kuasa terhadap kerajaan sama sekali.
Sekarang dengan cara itu, beliau akan pergi, tetapi beliau akan membawa pengkritik terapat beliau bersama, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin, Mahathir dan orang lain.
Kecuali mungkin rakyat dan pembangkang, yang mungkin berupaya menyingkirkan orang lama dengan satu undi sahaja.
Seseorang itu hanya mampu berharap.

1 comment:

  1. KALAU MALAIKAT MAUT JEMPUT MENGEJUT MUNGKIN ADA CHANCE PILIHAN RAYA MENGEJUT....

    Kalau tak ; Peggi Dah !!!!!!

    Ini Orang BACUL semua tahu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa