Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 14, 2015

Akhlak buruk ditunjukkan oleh 'Melayu' pada bulan mulia........

Sibuk bergaduh di waktu Maghrib
mk - 6:48PM - 13 Jul 2015

Minggu lalu saya menulis satu artikel yang menyeru perlunya orang Islam menghormati dan menghayati sepenuhnya roh bulan yang mulia ini.

Walaupun artikel tersebut umum tetapi ada kaitan dengan kekecohan yang berlaku di Johor di mana beberapa ketua dan ahli parti pembangkang bukan Melayu dikasari oleh pemuda Islam Melayu pada siang hari waktu berpuasa.

Di manakah kesabaran dan akhlak yang dituntut oleh Islam terutamanya di bulan puasa?

Kebimbangan saya tentang insiden tersebut menyebabkan saya mengingatkan semua tentang bahayanya membakar kebencian kaum dan agama yang boleh merebak.

Insiden yang lebih serius yang berlaku di Low Yat Plaza dua malam berturut turut lebih menakutkan dan memalukan.

Kejadian ini menakutkan kerana ia menyebabkan lebih ramai yang mengganas dan kecederaan lebih teruk yang turut mensasarkan pihak media bukan Melayu! Kenapakah mereka disasarkan?

Sekali lagi ia lihat terancang di malam kedua dengan bilangan yg lebih besar. Insiden itu memalukan kerana didakwa melibatkan NGO yang menggunakan nama Islam dalam pendaftaran nama rasminya.

Amat memalukan mengikut laporan pada malam pertama insiden serangan ganas di lakukan oleh mereka berlaku dalam waktu maghrib ia itu waktu berbuka puasa dan solat maghrib.

Malam kedua serangan yang lebih ganas berlaku di awal waktu Isyak di mana umat Islam sepatutnya mendirikan solat terawikh.

Di manakah letaknya akhlak dan Islamnya kumpulan ini dalam perbuatan ini?

Menggunakan nama Islam dengan laungan takbir masa keganasan berlaku untuk menghalalkan nya di lakukan adalah amat mendukacitakan.

Laungan takbir tersebut patutnya bergema di Masjid dan Surau mendirikan solat fardhu dan sunat terawikh. Laungan takbir tidak akan menghalalkan perbuatan memalukan ini di atas nama Islam.

Sebenarnya kita tidak patut hairan apa yg berlaku kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam banyak insiden sebelum ini termasuk isu kepala lembu, kepala khinzir, membakar gereja dan isu kalimah Allah yang dibiarkan menjadi isu dan dipolitikkan secara emosional.

Tiada usha besungguh sungguh untuk menangani sepenuhnya masalah ini. Soalan nya, kenapa begitu lambat dan sedikit pihak keselamatan bertugas di malam kedua.

Kalau berbelas anggota keselamatan dengan senjata berat menangkap saorang ahli politik pembangkang tidak bersenjata yg sedang makan di kedai mamak, dimanakah tindakan berjaga jaga yg sepatut pada malam kedua itu?

Kalau begitu ramai polis cawangan khas boleh mengintip ahli politik pembangkang dan NGO kenapa mereka tiada maklumat risikan keganasan malam kedua?

Ini menunjukan tindakan terpilih – selective prosecution – di mana pihak tertentu tidak bersungguh-sungguh menghalang insiden kedua yg lebih serious.

Politik Malaysia di dalam kemelut berterusan yang tenat. Prestasi mata wang Malaysia adalah terburuk di Asia. Perpaduan kaum dan Agama dibiarkan merosot demi kepentingan politik mereka yang berkuasa.

Kita boleh mengatasi masalah kemelut kewangan, kemelut politik, dan berbagai kemelut lain selagi perpaduan kaum masih terpelihara. Tetapi kemusnahan  perpaduan kaum akan meruntuhkan struktur masyarakat dan Negara keseluruhannya.

Janganlah kita menipu diri sendiri dengan menyalahkan hanya bangsa minoriti yg lain atas masalah kita hari ini. Sejak Merdeka Melayu telah menguasai kuasa politik, kuasa Pentadbiran kerajaan, kuasa polis serta tentera dan kuasa Raja Raja serta Gabenor 13 Negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Kelulusan lesen perniagaan, permit, tanah dan segala sumber asli di tangan Melayu selama ini. Tiada orang boleh mencurinya tampa kelulusan, restu dan subahat kita.

Janganlah memindahkan segala kepincangan ekonomi dan negara ke atas bangsa lain sahaja seolah olah kita tidak berkuasa atau upaya membendung dan meluluskan kemudahan itu.

Kuasa di tangan Melayu selama ini. Di saat perlu mengalih pandangan dari masalah rasuah dan salah guna kuasa bangsa lain pula dikambing hitamkan.

Bayangkan bagaimana Jho Low yang berusia 30 tahun yang menetap di Amerika Syarikat boleh menjadi begitu berpengaruh dan kaya tanpa subahat dan kerjasama Melayu yang memerintah dan berkuasa.

Di manakah sinar harapan negara di penghujung Ramadan yang mulia ini? Di manakah kepimpinan yang boleh mengeluarkan kita dari kemelut berterusan ini.

Disebabkan insiden kecurian sebuah telefon bimbit, negara mungkin menghadapi kekacauan dan kehancuran.

Mungkin ini adalah petanda yang era telekomunikasi juga akan membenarkan rakyat ramai mengetahui kepincangan dan penyelewengan negara yang telah dan sedang berlaku.

Anak muda tidak begitu mudah tertipu dengan adanya alat telekomunikasi canggih langit terbuka. Kerajaan boleh memenjara jasad manusia tetapi minda yang dahagakan maklumat tetap akan bebas berfikir.

Di manakah konsep kesederhanaan – wasatiyah yang diilhamkan oleh perdana menteri? Di manakah nilai indeks syariah yang kerajaan laungkan ketika salah guna pelaburan dan kuasa semakin berleluasa?

Kalau suasana bulan Ramadhan yang mulia sudah begitu buruk, bayangkan suasana selepas bulan baik ini berlalu. Yang pentingnya manusialah yang sepatutnya menunjuk akhlak dan nilai yang mulia.

Kerajaan pula diharapkan dapat memimpin kita ke arah kemuliaan ini. Adakah kerajaan ini mampu berbuat demikian?


RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD MP Kuala Terengganu.

2 comments:

  1. Melayu Melqyu zaman Mat Bahalol ini sudah rata rata Melayu Islam pada Kad Pengenalan saja

    Mana ada Melayu Melayu sibuk ke masjid sekarang , sudah jauh beza nya tahun tahun 1990 an dah

    Nak jumpa Melayu Melayy sholat jenazah kat Masjid lagi lah susah

    Otak Otak Melayu zaman Mat Bahalol ini hanya pikir pasal dunia dunia saja , Mak Bapak tak cukup makan atau tak sehat pon tak di jenguk nya.

    Ini akibat nya bila Mat Bahalol sendiri sebagai Ketua Besar pon hidup bagai Ayam Bandar yang tak ada Reban tuk pulang sebelum Maghrib , ber kokok Suboh jauh lagi.

    Ini semua adalah Bala dari Allah tanpa di sedari

    Pak Agama semua sudah gila dunia dunia dari pangkat bini bini muda kereta Mercedes Benz dan Rumah Besar

    Hancur nya Melayu Melayu lagi cepat dari Harga pasaran Sawit dan Getah

    Bodoh saja orang orang Melayu , ber Fikir malas , ber kerja Kuat jauh lagi

    Pandai nya hanya meminta minta dan jadi Mat Kampau saja serta Bangga pulak tu.

    Sedih lah.

    ReplyDelete
  2. banyak amalan org melayu tak ada kaitan dgn islam. islam dijaja sana sini tp pelakunya tidak berakhlak spt yg diajar oleh Rasul saw. akhirnya memalukan agama islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa