Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 14, 2015

Bodoh.....tabur miang di tempat tidur tapi nak tidur selesa!

Aku nak tengok keputusan Rakyat Selangor........siapa yang akan mereka halau nanti......
Apa dan bagaimana yang dikatakan mekanisme baru tu?

PAS Selangor tidak perlu undur, mahu mekanisme baharu tadbir tanpa DAP
Published: 14 July 2015 11:15 AM
PAS Selangor harap ada mekanisme baharu tadbir kerajaan negeri tanpa DAP, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehen Mukhyi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.

PAS Selangor mengharapkan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP selepas keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kerjasama politik dengan parti sekular itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehen Mukhyi.
Sallehen berkata, satu keputusan daripada segi mekanisme dan strategi perlu dibuat Jawatankuasa Kerja Pusat kerana realitinya kerajaan negeri masih perlu kekal dipegang PKR, PAS dan DAP.
"Dalam konteks Selangor kita serahkan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi menentukan mekanisme. Buat masa sekarang kerja kita tiada masalah dan masih berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Katanya, pada masa sama PAS juga bergantung kepada PKR dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyediakan 'keselesaan' kepada parti itu untuk meneruskan hubungan atas nama ‘kerajaan'.
"Sekarang ni apa-apa pun ia bergantung kepada PKR sejauh mana keselesaan itu dan PKR juga boleh teruskan hubungan dengan DAP mentadbir negeri seperti biasa," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu berkata, DAP juga perlu mengemukakan cara untuk bertindak sebagai sebuah kerajaan kerana mereka terlebih awal mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.
"Secara realitinya tidak mengejutkan kerana DAP ambil keputusan tidak terima Pakatan Rakyat (PR) lagi.
"Jadi sepatutnya DAP yang perlu kemukakan pendekatan kalau tiada PR bagaimana cara hendak bertindak sebagai kerajaan Selangor.
"Untuk PAS kita akan berbincang dengan pusat bagaimana menangani daripada segi perjalanan teknikal," katanya.
Mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar supaya exco PAS meletakkan jawatan, bekas exco agama itu berkata tindakan itu tidak perlu kerana sokongan daripada akar umbi masih kuat.
Katanya, bekas menteri Umno itu cuma mengambil kesempatan terhadap kedudukan PAS di Selangor sedangkan masa depannya dalam parti juga tidak menentu.
Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini mengambil pendirian tunggu dan lihat keputusan akhir Jawatankuasa Kerja Pusat dan kerajaan Selangor, pada masa sama enggan terlibat dengan mana-mana provokasi yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak.
"Kita yakin keputusan PAS Pusat yang akan dibuat itu nanti akan menguntungkan parti dan perjuangan Islam," katanya menolak dakwaan hubungan peringkat bawahan terjejas akibat krisis hubungan di peringkat pusat.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengumumkan baru-baru ini keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan DAP kerana sering membuat provokasi dan campur tangan hal dalaman PAS, pada masa sama ingin kekal bekerjasama dengan PKR.
"Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama PR, serta campur tangan dalam akidah, dasar dan matlamat PAS.
"Oleh itu, Majlis Syura memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR," kata Zawawi.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dalam respons sebaliknya berkata, PAS negeri itu akan teruskan kerjasama dengan DAP sementara menunggu arahan rasmi Pusat.
Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, hubungan itu perlu diteruskan demi menjaga amanah yang diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. – 14 Julai, 2015.

9 comments:

  1. Admin,
    Kalau kamu tidak hormat PAS tiada masalah tapi kamu kena hormat bulan yang mulia ini, kalaupun kamu cerdik jangan membodohkan orang lain tambah pulak mereka tu sesama muslim. Tambahkan amalan dibulan yang mulia ini adalah perkara yang lebih berfaedah dari membodohkan orang lain walaupun kita ni dikurniakan kecerdikan.

    ReplyDelete
  2. Bahalol

    Mereka nih nak harap gaji elaon kerajaan selangor saja

    Sebaik nya ada PR Baru biar saja semua di tendang keluar

    Bukan ada Nilai Ekonomi pon.

    Tengok muka pon tahu , otak kualiti zero

    Macam Yang lain jugak standard PAS

    ReplyDelete
  3. Mari kita gelak kan ulamak2 yg pandai serba serbi ni..

    ReplyDelete
  4. pas memang tak ada kemaluan se mm pung!

    sikapir lagi cerdik dr si serban. dap putus dgn hadi saja. tapi pas putus dgn dap.

    sepatutnya pas sbg pengkhianat yg kena keluar dr kerajaan Selangor. tak ada maruah ke selepas:

    1. hina kak wan sbg tidak layak jadi mb? Kak Wan tu bekas pelajar Tunku Khursiah. Pemenang anugerah pingat emas Royal College of Surgeons in Ireland. Nama beliau terpahat di dinding bersama pemenang2 lepas dan akan kekal disitu selagi ada universiti.
    2. letak calon2 bertindih dgn pkr?
    3. cuba rasuah azmin?
    4. fitnah calon pkr?
    5. nak tanding semua kerusi di perak termasuk kerusi PKR?
    6. bersikap kasar dgn DSAI?
    7. solat hajat supaya kalhid kekal mb?

    dan mcm lagi.

    kata masuk pru tak nak menang. tp jawatan mati2 pertahan.

    ReplyDelete
  5. Kecewa dgn gelagat PAS...selepas DSAI di tangkap..saya sekelurga menyokong PAS..mengundi PAS....selepas ini tidak lagi....maaf PAS..anda yg membuat kami sekelurga hilang rasa hormat..
    Sayonara PAS..apapun kami ada PKR....yg pasti bukan ABU....

    ReplyDelete
  6. Eloklah tu, PAS tidak memerlukan sedara sekeluarga sebaliknya PKR yang memerlukan sedara sekeluarga, pemenjaraan DSAI tiada kena mengena dgn PAS, sedara beralasan sebenarnya, DSAI yang dipenjarakan bukannya PKR kenapa pulak tiba2 sedara sokong PAS?

    ReplyDelete
  7. Eloklah tu, PAS tidak memerlukan sedara sekeluarga sebaliknya PKR yang memerlukan sedara sekeluarga, pemenjaraan DSAI tiada kena mengena dgn PAS, sedara beralasan sebenarnya, DSAI yang dipenjarakan bukannya PKR kenapa pulak tiba2 sedara sokong PAS?

    ReplyDelete
  8. Anon 6:38

    PAS xperlu sesiapa pun kerana PAS sekarang dah kuat. kerana PAS kuat hudud dengar kata dh di laksanakn di Kelantan dgn sokongan UMNO....Betul ke.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa