Khamis, 09 Julai 2015 17:05
Anak kepada Hussein Ahmad Najadi hari ini menolak penjelasan polis bahawa kes pembunuhan pengasas AmBank itu tiada kaitan dengan isu sekitar 1MDB.
“Macam mana mereka boleh kata macam itu sedangkan tiada siasatan,” soal Pascal di Facebook yang ditulis daripada Saint Petersburg, Russia.
Beliau juga berkata dengan penafian mudah berkaitan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebenarnya menarik lebih banyak perhatian kepada anggota keluarga mangsa dan orang awam.
Pascal juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail campur tangan dalam kes itu.
“Ini bukan bidang kecekapan beliau (Khalid).
“Ini kerja AG (peguam negara) untuk teruskan kes kerana kesalahan jenayah berlaku di Malaysia,” katanya sambil meminta rakyat Malaysia menyebarkan mesej itu demi keadilan.
Polis semalam meredakan khabar angin bahawa Hussein dibunuh kerana beliau mahu mendedahkan mengenai skandal firma pelaburan 1MDB.
Khalid menegaskan pembunuhan Hussein tiada kaitan dengan kes 1MDB serta tiada laporan polis dibuat olehnya pada hari sebelum dibunuh berkenaan kemasukan sejumlah wang.
Bercakap kepada pemberita di KL Sentral, Khalid berkata polis sudah mengetahui motif di sebalik pembunuhan tersebut dan pembunuhnya telah pun dijatuhi hukuman tahun lalu.
Beliau berkata dakwaan tersebut berasal daripada sebuah blog dan mendorong Pascal membuat dakwaan yang sama.
Menurutnya lagi, polis telah menyiasat sumber khabar angin tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu.
- M'kini
Dulu dlm kes skandal Carrian dan BMF, Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong dan kini dlm kes (skandal?) 1MDB dan AmBank, Hussein Ahmad Najadi pula seakan-akan ada kaitan dgn jenayah pembunuhan itu. Kenapa polis raja di malaysia enggan menyiasat dan kenapa peguam negara masih tidak mengarahkan membuka penyiasatan semula? Ini menimbulkan persepsi umum bahawa terdapatnya komplot yg hendak melindungi sesuatu perkara. Bukannya menjadi sesuatu yg aneh, sebarang kaitan jenayah dgn pemimpin di malaysia ini pihak2 yg berkenaan sedaya upaya akan berusaha menyembunyikan fakta.
ReplyDeleteHi pascal... Shalom (selamat dlm bahasa hebrew Israel)
ReplyDeleteIm heartened to hear your desperate call for the people of Malaysia to rise...
Yup im.one of them....
Rise o Great people of Malaysia together with the Great people of persian...
Your fathers death shall not be in vain...
Come lets go to switzerland and u.k and coooerate with Sarawak report n WSJ...
For Najib & co shall Pay the utmost price!