Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 14, 2015

Apa daaa....... Nama rasmi masih belum ada, Perlembagaan pun belum ada sudah nak menuduh!

PAS beri amaran pada 'pemimpin progresif' GHB
mk - 6:18PM - 14 Jul 2015

Seorang pemimpin PAS Pusat mendakwa parti Islam baru yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH), bertentangan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan cerminan gagasan pemikiran 'Islam Ala Amerika'. 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata gagasan pemikiran itu dipopular oleh Mohamad Sabu dalam ceramahnya sekitar 1990-an bagi menggambarkan Islamisasi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu, sebagai bukan agenda Islam yang sebenarnya.

Dr Zuhdi berkata gagasan berkaitan pemikiran tersebut terdapat dalam buku bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam" yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi.

"Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini.

"Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar," katanya dalam kenyataannya.

Beliau mengulas pengumuman kumpulan profesional dalam PAS yang kalah dalam pemilihan parti bulan lalu dan menubuhkan GBH untuk mengasaskan penubuhan parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0” bersama NGO dan rakyat yang bertemakan inklusif, progresif dan peduli.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia," kata Mohamad semalam.

Mengulas lanjut, Dr Zuhdi mendakwa 'parti Islam baru' yang bakal ditubuhkan akan selari dengan gerakan Muslim Progresif sekaligus bertentangan dengan agenda dan perjuangan Islam PAS.
 
"Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif.

"Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

"Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS," katanya. 

6 comments:

  1. Teruk betul geng ularmak ni.... hidup penuh dengan fitnah walaupun dalam bulan puasa. Sapa2 yg tak suka pas akan difitnah sebagai tidak berlandaskan islam. Kenapalah pas yg dulu amat saya minati kini sudah berubah wajah dan sifat sejak allahyarham Nik Aziz meninggalkan kita? Apakah ini tanda2 pas akan jahanam? Kalau benarlah begitu, punxanya ialah pemimpin pas yang gemar sangat mengamalkan fitnah. Mungkin sudah tiba masanya kita ramai2 keluar dari pas untuk memulakan hidup baru dengan perjuangan islam yg sebenar.

    ReplyDelete
  2. Selama aku hidup ni belum ada lagi ayat @ nas @ hadis ke, yg mengatakan profesional tu warisatul anbiya. Yg aku dengar ulamak waristul anbiya. Cuma sekarang ramai bijak pandai ttp jahil. Parti baru ni mungkin jadi perintis zaman /politik jahiliah, sama mcm UMNO, memperjuangkan Islam tp asas ugama sangat tipis.

    Abu Jahal adalah pembesar, bererti bijak pandai pd zaman itu, tp dilaknat sebab mempertahankan kejahilan.

    Semoga mereka yg tersasul sbb kalah kembali ke pangkal jalan, berjuang dgn parti yg mempertahankan Islam, bukan menubuhkan parti baru. Yg jelas penubuhan ada kaitan dgn ego, x dpt menerima kekalahan dan menafikan golongan ulamak peringkat akar umbi yg mahu kan pemimpin atasan juga ulamak atau profesional yg ulamak.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Aku dan 37 org pmuda2 d kg aku akan mnyertai GHB..klau mcm ni tahap pmikiran pas skrg,bcakap ikut sedap mulut,fitnah dh jd amalan tidak mustahil ramai lg yg akn kluar pas..mcm nie ke pmimpin yg prlu kami wala..maaf..mulut cirit birit..

    ReplyDelete
  4. PAS sudah seperti Janda tiada lelaki melain kan Bangla nun.

    Macam macam.

    ReplyDelete
  5. Anon 11:57pm kamu ni tertelan pil kuda jugakah? Menyeru mereka kembali ke pangkal jalan, berjuang dgn parti yg mempertahankan Islam konon, pirrrah! Kembali untuk menyuburkan budaya fitnah pil kuda serta melabelkan orang lain dgn pelbagai gelaran seperti jebon, parasit, barua dan macam2 lagi, adakah itu yg kamu kata mempertahankan islam?

    ReplyDelete
  6. Bila zuhdi bukak mulut..maka terserlah keumnoan nya..kah kah kah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa