Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 14, 2015

'Tangan-tangan siapakah gerangan'?

Mufti: Api perkauman ditiup dari PRU lalu
mk - 5:27PM - 14 Jul 2015

Ramai tertanya-tanya kenapa begitu mudah tercetusnya insiden keganasan di Malaysia sekarang ini.

Bagi mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau percaya perkara itu hasil bibit-bibit sentimen perkauman yang dimainakan kebelakangan ini, bermula sejak pilihan umum lalu.

Bukan sahaja atas kepentingan politik kepartian, nada sama, kata Asri, turut dikongsi oleh golongan aktivis dan NGO di negara ini.

“Hasilnya, api kebencian antara kaum mula semarak khususnya dalam jiwa anak-anak muda,” katanya.

“'Tangan-tangan siapakah gerangan' yang cuba membangkitkan permusuhan kaum dan juga satu pihak lagi mereka yang cuba memperlihatkan sentimen anti agama tertentu khususnya Islam, bertanggungjawab terhadap perasaan kebencian antara kaum dan agama yang sudah mula subur.”

Menulis di Facebook, Asri berkata, demi masa depan Malaysia, ahli politik yang suka menjadikan isu kaum sebagai senjata membangkitkan kebencian hendaklah ditentang semua pihak. 

2 comments:

  1. pihak manakah yang selalu memperlekeh ugama Islam selama ini

    ReplyDelete
  2. Parti baru yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini nanti juga tidak memerlukan simpati daripada Pas. Minta supaya pemimpin Pas masa kini tidak menabur fitnah lagi pada kepimpinan parti baru ini nanti. Takut nanti jika Pas dianggap sebagai parti kaki fitnah pulak. Biarlah parti baru ini nanti bergerak sendiri tanpa ada gangguan daripada pemimpin Pas. Perlu diingatkan bahawa ahli parti baru ini nanti bukan lagi ahli Pas.

    Tak nak bekerjasama pun tak apa tetapi tolong jangan ganggu parti baru yang bakal ditubuhkan ini nanti. Tujuan parti baru ini bukan untuk menumbangkan Pas tetapi untuk menumbangkan umno. Harap pemimpin Pas masa kini di bawah kepimpinan Haji Hadi dapat memahami perkara ini.

    Tolong jangan buat fitnah atau memanjangkan lagi fitnah. Allah melarang perbuatan itu. Golongan ulamak wajib tahu hukum membuat, mempercayai dan memanjangkan fitnah kan? Kalau dah faham tolong jangan buat atau panjangkan fitnah. Takut pemimpin Pas nanti akan dibakar oleh api neraka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa