Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

Belasah orang ialah ‘menikmati hidup’, kata peguam ‘bodoh’

08:30PM Jul 15 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG:  Inilah wajah yang hampir mengheret negara ke dalam zon perang.
Tindakan mencurinya mencetuskan rusuhan kaum kecil dan menyebabkan beberapa orang dibelasah.
Dan masih, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, masih boleh merayakan sambutan Hari Raya Aidilifitri dengan keluarganya. Apa sebenarnya yang berlaku?
Remaja menganggur ini kini dibebaskan dengan jaminan RM3,000, selepas dia mengaku tidak bersalah mencuri telefon jenis Lenovo dari sebuah kedai di Plaza Low Yat, yang memulakan semua kekecohan.
Bagaimanapun, jika anda bertanya kepada peguam yang mewakili remaja ini, yang dikatakan rakan subahat kepada Shahrul Anuar, dua remaja itu hanya dua orang muda yang “menikmati hidup”.
Ya, anda tak silap baca. Peguam tersebut, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (kiri), dipetik oleh Malay Mail Online sebagai berkata yang anak guamnya tidak dimotivasikan oleh politik, dan meminta peluang kedua diberikan kepada mereka.
“Apabila saya bertanya kepada mereka tentang kejadian Low Yat, mereka sendiri terkejut. Mereka hanya budak muda biasa.
“Remaja kadang-kadang buat kesilapan. Jadi mereka tak sangka perkara ini menjadi isu perkauman yang besar. Mereka tidak mewakili mana-mana organisasi. Mereka hanya budak muda yang menikmati kehidupan mereka. Kita semua pernah muda dulu, siapa yang tak pernah buat silap,” tanyanya.
Pembelaan apa ni! Sekarang, dari mana Mohd Khairul memperolehi ijazah undang-undangnya? Adakah dia benar-benar seorang peguam? Bolehkah peguam menjadi sebegini naïf?
Katanya, menikmati hidup? Jadi adakah makna “menikmati hidup” bagi Mohd Khairul ialah mencuri telefon, merosakkan kedai di kompleks membeli belah, merusuh dan membelasah orang sehingga lembik?
Dan ya, Mohd Khairul, semua orang pernah ada ketikanya sewaktu muda mereka melakukan kesilapan, tetapi tidaklah sampai tahap mencetuskan rusuhan kaum dan merosakkan harta benda awam.
Mungkin dia bercakap untuk dirinya sendiri dalam menjustifikasikan tindakan biadap yang dilakukan anak guamnya.
Mungkin Majlis Peguam perlu menilai kembali kelulusan peguam ini, kerana apa yang dilihat setakat ini ialah kenyataan yang tidak masuk akal untuk pembelaan.
Mohd Khairul juga memetik prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”, berkata yang anak guamnya tidak boleh dikatakan bersalah sehingga mahkamah tertinggi negara mengatakan demikian.
Baiklah, tetapi apakah hak anak guam dan kawan-kawan anak guamnya untuk menghukum merek yang tidak bersalah, termasuk mereka yang tidak mempunyai kaitan yang menahannya, sewaktu rusuhan itu?
Mohd Khairul tidak berhenti disitu dalam mempertahankan tindakan anak guamnya. Dia malah mendakwa yang Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar (kanan) “menipu” selepas polis mendakwa “rakan subahat” itu menyebarkan maklumat palsu dalam talian sehingga mencetuskan kekecohan.
Bertindak balas, Khalid memanggil Mohd Khairul “bodoh” dan menyifatkannya mempunyai “niat jahat” kerana menuduhnya menipu. Untuk komennya itu, KPN berhak menerima tepukan gemuruh daripada kita semua. Khalid tidak teragak-agak menggunakan penggunaan perkataan “bodoh” untuk menggambarkan peguam itu.
Mungkin Mohd Khairul perlu membiarkan undang-undang membuat keputusan, dan berdiam diri sehingga kes itu dibicarakan pada Ogos nanti.
Ia adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan untuk manfaat masyarakat umum, kerana semua orang hanya mempunyai batas dalam mendengar kebodohan harian.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

3 comments:

  1. Lawyer mulut amno... Jenis xtakut tuhan tp dok dlm alam dunia Allah...

    ReplyDelete
  2. HANYA YANG BAHALOL AKAN SEKONGKOL DENGAN KAWANAN BAHALOL

    Tengok muka muka mereka kita boleh tahu ini semua orang orang tak cukup duit dan bahalol

    Bebudak Bahalol saja sanggup buat kerja tak pakai otak untuk habuan secoit

    Lebih megah lagi jika be udak bahalol merasa mereka ada BACK UP BAHALOL BESAR

    Orang orang Melayu SAJA

    ReplyDelete
  3. Jgn lah kutuk bangsa melayu. Biar lah mahkamah yg mengadilinya. Ssya bukan ahli umno pun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa