Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

Oiik....dah tak ada jalan keluar ke?

Terdapat bukti baru pembangkang bersama Sarawak Report palsukan dokumen 1MDB, kata menteri 
OLEH RAM ANAND
Published: 15 July 2015 4:32 PM
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat ‘bukti kukuh’ termasuk pengakuan video dalam satu laporan polis oleh individu tertentu di Petaling Jaya pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.

Dakwaan baru menunjukkan ahli politik pembangkang bekerjasama dengan laman Sarawak Report bagi mengubah dokumen yang banyak mendedahkan mengenai 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB), kata Barisan Nasional (BN) hari ini.
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata terdapat "bukti kukuh" termasuk pengakuan video dalam satu laporan polis oleh individu tertentu di Petaling Jaya pagi ini.
Rahman bagaimanapun enggan  mendedahkan identiti pengadu atau kandungan pengakuan video berkenaan yang didakwa dibuat oleh salah seorang "pengarang" Sarawak Report.
"Dalam video berkenaan, individu itu menamakan beberapa pemimpin pembangkang," kata Rahman kepada pemberita hari ini.
Beliau menggesa polis bekerjasama dengan Interpol dan polis United Kingdom bagi merekod kenyataan individu yang disebutkan dalam video kerana sebilangannya merupakan warganegara Britian sebelum "bukti dimusnahkan".
Rahman berkata, video itu dimaklumkan kepada beliau oleh pengadu berkenaan selepas membuat laporan polis pagi ini.
Rahman, yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan berkata, beliau dimaklumkan bahawa pengadu turut menyerahkan salinan email kepada polis yang dipercayai ditulis pengarang Sarawak Report. – 15 Julai, 2015.

2 comments:

  1. Lagi cerita bebudak bahalol mentedarah harta eakyat sampai kiok

    Tak malu pada Rakyat ke?????

    Tak malu pada Cina ke?????

    Duit CUKAI CINA tanggung makan minum anak bini mak bapak lah

    Nak harap Cukai kedai nasi lemak melayu , nak bayar minyak kereta dan toll pon tak cukup

    Kepala Otak !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tak payah nak seranahkan orang lain. Tak elok tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa