oleh Edgar Ong
FOKUS SARAWAK: Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem yang sebelum ini lantang menyuarakan sokongan dan pujian kepada Najib Razak yang mana telah menerimanya dengan baik.
‘Janji’ dari PM untuk negeri termasuklah peruntukan RM27 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, RM87 juta untuk jalan di Kapit, RM37 juta yang membolehkan penduduk Baleh dan Pelagus mempunyai jalan terus ke bandar Kapit, dan beberapa juta lagi untuk beberapa projek yang lain.
Selain daripada RM27 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo yang akan diperuntukkan dalam masa beberapa tahun, jumlah peruntukan yang diberikan mencecah hampir RM2 bilion. Menurut Adenan, peruntukan ini yang terbanyak pernah diberikan oleh perdana menteri kepada negeri.
Najib juga berjaya mengagumkan Adenan kerana janji dan sokongan kepada permintaan negeri untuk mempunyai lebih banyak kuasa bagi mentadbir negeri dan pengurangan kawalan persekutuan dalam banyak ‘agenda persekutuan’ yang selama ini telah mencetuskan banyak masalah sehingga menimbulkan slogan ‘Sarawak untuk orang Sarawak’.
Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, dengan ‘berita gempar’ berterusan pendedahan ‘kehilangan RM42 bilion’ yang disebabkan oleh 1MDB selain daripada skandal hartanah Mara di Melbourne pada harga melebihi harga pasaran tiba-tiba muncul, dan banyak lagi skandal yang dikaitkan dengan kroni Umno dan yang paling serius ialah perpindahan dana sebanyak US$700 juta yang ‘didedahkan dipindahkan masuk ke dalam akaun peribadi PM’- kemeriahan sokongan kepada Najib tiba-tiba bertukar sunyi sepi.
Tiba-tiba sejak pecahnya berita skandal hartanah Mara di Australia meraih perhatian dan liputan antarabangsa kita tidak mendengar apa-apa dari Adenan, selain daripada ‘bunyi kesunyian’. Dia masih belum berkata apa-apa, mengeluarkan kenyataan atau komen atau catatan Facebook- samada sokongannya kepada PM masih kukuh, sedang goyah atau sudah berhenti!
Tanpa ragu dia masih mengkaji situasi, menghalang dan mengekang dirinya daripada mengeluarkan komen- mencela atau menyokong- sehingga semua air keruh dan jerebu tebal yang mengelilingi isu ini hilang.
Kecuali ada perkara besar yang akan terdedah dalam masa beberapa hari lagi, tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang akan berlaku esok, kerana gelombang demi gelombang telah menghempas pesisir pantai politik kita sejak beberapa bulan lepas!
Bagi Adenan, sepanjang bulan Mei dan Jun yang lepas, perarakan awam telah diadakan di Sarawak dan sokongan kuat kepada Najib disuarakan dengan lantang dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di mana dia dan ahli kabinetnya secara terbuka memberikan sokongan penuh kepada PM.
Terbaru ialah perarakan yang diadakan sempena perayaan Gawai yang Najib sendiri mengeluarkan kenyataan- “Saya sangat tersentuh dan teruja dengan sokongan yang ditunjukkan kepada saya. Ia memberikan semangat besar kepada saya bahawa orang Dayak berada di belakang saya sepenuhnya dan menyokong kepimpinan saya. Saya pasti ini ialah sokongan yang ikhlas dan bukannya kerana dipaksa. Ia ialah kerana komuniti ini melihat apa yang telah dilakukan untuk mereka sejak saya menjadi perdana menteri.”
Tetapi kemudiannya berita buruk mula muncul, satu demi satu, seolah-olah ianya disusun rapi dan berstrategi.
Kali ini, berita buruk itu bukan hanya didedahkan oleh laman berita berpengkalan di Malaysia tetapi penerbitan antarabangsa yang berwibawa seperti The Age di Australia dan Wall Street Journal di New York- maka tahap penerimaan dan kebolehpercayaannya lebih tinggi.
Adenan Satem ialah orang lama dalam politik. Dia banyak membaca dan dilatih dengan pemikiran perundangan, jadi dia memang mengetahui bila masanya dia perlu bercakap dan bila masanya perlu berdiam diri.
Ketua menteri seorang ini pastinya seorang yang bijaksana kerana mendengar ‘bunyi kesenyapan’ buat masa sekarang, mungkin juga menurut kata-kata dalam lirik sebuah lagu terkenal tahun 1960-an dari Britain yang dinyanyikan oleh Tremeloes, ‘Silence is Golden’.
Dengan berbuat demikian, banyak pihak merasakan kesenyapan Adenan sebenarnya telah membuktikan wujudnya kebenaran!

1 MAT DAH BAHALOL SUDAH MAGIK 4 2 BILION
ReplyDeleteSedih nya Raktat kena tanggung BEBAN ini
Duit 4 2 BILION lebih dati cukup beli PULAU di Indonesia tuk di buat TANAH KUBORAN
Semua Orang skan KIOK satu masa nanti...
BILA KIOK SAJA TAK PERLU TANGGUNG BEBAN GST DAN 42 BILION HUTANG
Salam 1KIOK