TMI - Published: 10 July 2015 6:28 PM
Individu pertama yang cuba mengesahkan kewujudan akaun atas nama
Individu pertama yang cuba mengesahkan kewujudan akaun atas nama "Rosmah Binti Mansor" itu adalah Satees Muniandy yang cuba memindahkan RM1 kepada akaun sekitar jam 8.30 malam semalam.
Satees memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.
Tidak cukup berpuas hati dengan Satees yang hanya memeriksa nombor akaun tetapi tidak mengesahkan sama ada akaun itu masih aktif atau tidak, bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memindahkan wang sebanyak RM1 dengan caj perbankan sebanyak 53 sen kepada akaun Affin Bank atas nama yang sama.
Kuek kemudian memuat naik imej yang diekstrak daripada proses itu ke laman Facebook miliknya.
Pengguna Internet, Satees Muniandy memuat naik rakaman skrin proses perbankan atas talian menerusi laman Maybank2u dan imej tersebut dikongsi sebahagian pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan politik Malaysia. – Gambar dari Facebook, 10 Julai, 2015.
"Saya masukkan TAC (kod pengesahan urus niaga) dan sekarang Rosmah ini dah lebih kaya sebanyak RM1," katanya.
Bekas wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng memuat naik imej yang diekstrak daripada proses memindahkan wang sebanyak RM1 ke laman Facebook miliknya. – Gambar dari Facebook, 10 Julai, 2015.
Sementara itu, seorang rakan Kuek dikenali sebagai Keow Wee Leong pergi sendiri ke mesin deposit wang bagi dan cuba memindahkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya ke akaun sama.
Beliau turut memuat naik imej yang mempamerkan nombor akaun dengan nama "Rosmah binti Mansor" yang tertera pada skrin mesin itu. – 10 Julai, 2015.
Keow Wee Leong turut memuat naik imej yang mempamerkan nombor akaun dengan nama
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa