Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Gerakan Harapan Baru harus diberikan peluang

Kita harus beri peluang kepada Gerakan Harapan Baru 
02:30PM Jul 16 2015
oleh Robin Stanley Augustin

SURAT: Ruangan "Surat Kepada Editor" ini memberi peluang kepada pembaca untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu semasa dan subjek lain. Hanya surat yang dihantar secara eksklusif kepada editor@theantdaily.com akan dipilih untuk diterbitkan. Surat anda mungkin disunting panjang dan kejelasannya.
Pembaca kami, Faizal Rahman berpendapat yang golongan progresif dalam GHB mewakili Islam yang tidak dicemari eksploitasi politik.
PEMIMPIN TERHORMAT: Di Malaysia, lebih 20 parti politik telah datang dan pergi. Antara yang telah tutup adalah Angkatan Perpaduan Ummah, Parti Rakyat Negeri Sabah, Ikatan Masyarakat Islam Malaysia, Parti Buruh Malaya, Parti Bansa Dayak Sarawak dan Semangat 46.
Ini membuktikan kenyataan mudah bahawa ahli-ahli politik hanya bekerja apabila besinya panas ... tapi mereka jarang mempunyai apa-apa yang baru dari segi ideologi, untuk ditawarkan, memberi inspirasi, atau mengekalkan rakyat. Dan dengan itu, mereka ditutup secara semula jadi.
Oleh itu saya dapati komen Robin Stanley Augustine bertajuk Adakah Gerakan Harapan Baru ialah cebisan teka teki yang hilang? amat menarik.
Sama ada parti baru ini terdiri daripada bekas golongan progresif PAS, atau pemikir zaman baru merupakan isu kecil. Adakah GHB boleh menawarkan sesuatu yang baru, yang parti-parti politik tadi tidak boleh?
Seperti yang diterangkan dengan betul dalam ulasan ini, kita tertanya-tanya jika GHB boleh memenuhi namanya, atau lebih tepat lagi, dakwaannya untuk menuruti prinsip keterangkuman, sifat progresif dan keprihatinan terhadap rakyat. Setiap parti politik turut menyatakannya. Jadi apa yang membezakannya, sebenarnya?
Perlu saya ingatkan, saya gemari Mat Sabu. Dan saya percaya bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah seorang lelaki yang terhormat. Malah, golongan progresif PAS yang pernah saya temui sejak beberapa tahun kebelakangan ini kelihatan seperti mereka yang waras akalnya.
Apa yang mengejutkan adalah walaupun mereka kuat agama Islam, mereka bergaul bebas dengan orang-orang yang menganut agama lain. Lebih baik lagi, dari pengamatan saya, mereka juga buta warna. Bangsa seseorang tidak mengganggu mereka.
Pendirian GHB mengenai hudud? Mari kita bersikap jujur ​​– seperti orang-orang Kristian yang beriman dengan Amanat Agung, di mana mereka perlu berkongsi Firman Tuhan dengan semua orang yang mereka temui, umat Islam juga percaya bahawa undang-undang syariah dan hudud dikehendaki dalam Islam.
Lagipun penganut Kristian dan Muslim adalah, Ahli Kitab.
Tetapi Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa kita adalah sebuah negara sekular, dan oleh itu tidak ada ruang bagi hudud, melainkan jika dilakukan pindaan perlembagaan kepada seksyen-seksyen yang berkenaan. Adakah kita benar-benar percaya yang ini akan berlaku?
Oleh itu, walaupun saya bersetuju dengan ulasan Encik Robin, dan saya juga mempersoalkan apa yang parti baru ini dapat capai, saya masih percaya untuk memberikan mereka peluang kerana hati mereka berada di tempat yang betul.
Golongan progresif dalam GHB mewakili Islam yang tidak dicemari dengan eksploitasi politik. Parti baru yang mereka rancang adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip keadilan Islam dan keadilan untuk semua – tanpa mengira agama atau bangsa seseorang.
Bukankah ini lebih penting dalam sebuah negara yang berbilang kaum, daripada usaha obsesif untuk melaksanakan hudud?
Tindakan mempersoalkan mengapa mereka lebih suka membentuk sebuah parti baru, dari menyertai mana-mana parti yang sedia ada bukan isunya. Bolehkah mereka mencapai kemajuan dalam pilihan raya umum akan datang? Hanya masa yang akan menentukannya.

4 comments:

  1. Lagipun penganut Kristian dan Muslim adalah, Ahli Kitab.
    ada ahli kitab yang beriman dengan Al Quran ada yang terus kapir
    perlembagaan tu lebih besar dari Al Quran kah?
    setiap apa yang diperintah oleh Allah lebih besar dari apa yang manusia buat dan reka

    jauhi puak yang gila dunia dan terpedaya

    ReplyDelete
  2. Wa mahu ucapkan salamat hali laya ! Sila latang rumah terbuka Dap ......... manyak hidangan spt babi goleng , babi pangang dll ........ semuanya ditonggeng halal kelana itu tuan galu LKS dan LGE kasi sembelih ......... lagi itu yam seng pun ade sama itu main majong pun ade . ....... kalau mahu lebih enjoy itu amoi Ipoh mali pun ade ......... jgn takut jgn segan itu dosa semua tuan galu LKS dan LGE boleh kasi ampun dan ada applovement dpd itu ulamak2 DAP punya ........ ini mcm punya balu butut2 Islam bukan itu macam tuan gulu haji hadi yg mahu hudud kasi susah sama melayu Islam mahu enjoy dan bikin kacau ekonomi olang cina mahu niaga itu judi , babi , yam seng sama itu amoi jual body maaa ........ kalau talak suka itu amoi , itu pondan pun wa ade boleh main bontot maaa ..........haiya itu pasal wa suka sama PKR dan Halapan Balu punya macai .......... ini macam wa butut2 ada halapan niaga kasi untung sebab olang melayu Islam boleh jadi customer wa

    ReplyDelete
  3. MAT SABU KALAU BUAT KERJA PASTI NYA HASIL MEMUAS KAN

    MANA NAK SAMA MAT BRONSON DENGAN ARAB AL TOLOL

    TAK SAMA

    ReplyDelete
  4. Mat Sabu lebih suka bercakap daripada membuat kerja...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa