Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Ada sesiapa peduli lagi selain Wala'un?

PAS ulangi pendirian tidak akan bersama Umno
PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan terus istiqamah dengan dasarnya untuk menegakkan negara Islam, dan usaha untuk menjalin kerjasama dengan Umno tidak pernah wujud.

"Walaupun isu ini sudah berkali-kali ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini namun kita masih lagi mendengar perihal ini.

‎"PAS berkali-kali tidak akan bersama BN, kita wujud sebab untuk lawan BN dan Umno, sejak hari pertama hari lahir kita (sejak penubuhan PAS) lagi," Katanya kepada pemberita di sidang media bersama PAS di ibunegara semalam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata berdasarkan keadaan semasa, mana mungkin PAS akan bersama BN.

‎"Dalam kemelut yang dihadapi sekarang, dengan isu rasuahnya, penyelewengan, mana mungkin kita akan bersama BN.

"PAS akan ‎terus istiqamah dengan dasar kita, di bawah naungan Islam sebagai rahmat untuk semua dan perlembagaan negara," Katanya.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak termasuk DAP menyifatkan tindak-tanduk Hadi seolah-olah mahu bekerjasama dengan Umno.

Sementara itu, Hadi yang sepatutnya hadir di majlis berbuka puasa anjuran parti itu terpaksa membatalkan hasratnya apabila terpaksa pulang ke Terengganu. 

7 comments:

  1. Whatever la, undi kami sekeluarga dah tah ada untuk PAS.

    ReplyDelete
  2. penegak hukum Allah mana bisa bersekutu dengan penentang hukum Allah
    jangan redo

    ReplyDelete
  3. PAS ini sampah sja

    ReplyDelete
  4. Ustaz Ahmad Awang masih lagi bernafas, jangan cuba menipu!!!

    ReplyDelete
  5. Itu yang cakap ialah Encik Timbalan Presiden. Encik Presiden mana ada cakap. Boleh caya ka? Encik Mursyidul Am pun sama dia tak cakap pun. Boleh percayaka kat 2 orang encik tu? Bak kata budak-budak muda - KAKI KENCING!!

    ReplyDelete
  6. TITM. Tuan adalah timbalan nakhoda baru kapal PAS. tidak perlu mengulang mengingatkan ahli pas tentang tujuan dan alatuju penubuhan PAS untuk melawan UMNO. Tuan juga melihat, mendengar dan memerhati bagaimana nakhodanya memutar steering kapal untuk berlabuh di pengkalan UMNO. Bagaimana ahli pas setia tidak terjun kapal PAS apabila melihat telatah nakhodanya berbuat begitu. Jika TITM ingin melihat ahli pas tidak keluar party sila turunkan nakhodanya untuk memulihkan kredabiliti party.

    ReplyDelete
  7. Anom 4.44.. Dah terlambat pun.. Presideng daun ketum ke pil kuda,.. Ckp merapu begitu juga dn harun din.. Selagi dua tu ada pas memng parah... Selamat tinggal pas.. Aku dr lima kluarga di tepus dan anjung sudah berubah ke parti baru ni.. Kita ajan tgk mlm esok jalan kebun sultan dpenuhi dgn mereka yg ingin kan islam yg sebenar bkn islam hj hadi betopengkan hudud tetapi baik dgn penjenayah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa