Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 2, 2015

Hasil tarbiah?

Seorang lagi aktivis PAS sertai DAP
TMI - Published: 2 July 2015 11:09 AM
Zulhazmi Sharif menunjukkan borang menyertai DAP bersama Shefura Osman. – Gambar Facebook, 2 Julai, 2015.

Selepas seorang aktivis parti meninggalkan PAS dan menyertai DAP 2 minggu lalu, seorang lagi aktivis, Zulhazmi Sharif, mengambil tindakan serupa hari ini.
Keputusan itu diambil kurang sebulan selepas Muktamar PAS awal bulan lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Mengumumkan keputusannya di media sosial semalam, Zulhazmi berkata beliau akan menyerahkan borang keahlian menyertai DAP pada satu majlis hari ini.
"InsyaAllah kalau tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang ahli Parlimen DAP," tulis peguam itu di laman Facebooknya semalam sambil menunjukkan borang permohonan menjadi ahli DAP.
Pencadang kepada permohonan itu adalah Syefura Osman, lebih dikenali sebagai Rara, gadis Melayu yang juga ahli DAP.
Sebelum ini, bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali menyertai DAP kerana kecewa sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang dikitar semula.
Beliau juga meletakkan faktor "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan lepas sebagai mendorong keputusan meninggalkan PAS.
Zulhazmi kini merupakan penasihat undang-undang PasMa, kumpulan pendesak serpihan PAS yang mahu parti Islam itu terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).
Dua tahun lalu, Zulhazmi bertanding merebut kerusi ketua Pemuda PAS dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau, Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad, namun tewas.
Beliau mula terkenal apabila menjadi peguam kepada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang ditubuhkan ketua penerangan PAS ketika itu, Datuk Mahfuz Omar. – 2 Julai, 2015.

4 comments:

  1. bodohnya... nasib baik dah keluar dari pas.

    ReplyDelete
  2. Dajjal Action Party akan terus berusaha menarik seramai mungkin pengikut Pengamal Islam SeMalaysia mengikuti jejak langkah sumbang mereka kelubang Neraka Jahannam..termasuklah Sheikh dan Zul..(sigh..} what a lousy malays..Barua.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok guru ayoh Hadi Ping Marang taught you this stupid religion? Idiot

      Delete
  3. Tahniah !!!!!

    Makin ramai anak Melsyu mahu hidup BER FIKIR dari BER HARAP

    Jumlah 20-30% melayu dalam DAP mampu bawa perubahan pada kepimpinan DAP Kebangsaan

    Jika DAP perintah Kelantan dengan MB Melayu DAP pasti maju setanding Penang.

    Tak ada lah Melayu tinggal dalam Rebsn selepas banjir.

    Alhamdulilah

    NABI SAW pon cakap belajar sampai ke China pada zaman nya. Tak ada pulak sampai ke Kelantan Terengganu pada waktu itu mungkin IKANG IKANG tinggal atas POKOK PETAI.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa