Kerana cara pemilihan di Muktamar itu jugalah yang menjadikan rupa PAS seperti mana sekarang.
Bukankah pemimpin PAS sudah tertusuk jarum dan termakan ancum?
Dan sekarang siapakah yang untung dan bertepuk tangan?
Nak kata parti baru itu PasMa
Pada saya PasMa bukan ancaman dan tiada kekuatan
Tapi kalau parti baru yang lain.........tak tahulah!
Tubuh parti baharu untungkan musuh Islam?
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 01 JUL 2015
Penubuhan parti baharu hanya bertujuan untuk menjayakan agenda pecah dan perintah oleh musuh Islam, kata Pengkaji Gerakan Islam, Abdullah Abd. Kadir.
Katanya, tidak kira musuh itu dari sebelah mana sekali pun, tetapi lebih menyedihkan jika agenda pecah dan perintah musuh itu dijayakan oleh orang yang mengaku sudah lama berjuang Islam.
Beliau yang mengumpamakan penubuhan parti baharu itu ibarat menoreh luka baru, menyatakan, usaha itu satu-satunya sejarah dalam perjuangan Islam di negara ini.
"Parti baharu ini ditubuhkan oleh anggota parti Islam yang terkilan kerana tidak terpilih sebagai pimpinan, mahu pun kumpulan NGO Islam yang dari dulu ingin memimpin dan menguasai.
"Ini adalah salutan nafsu yang cuba digilap oleh pakar strategis mereka sebagai idea baru yang cemerlang. Bersatu adalah rahmat, berpecah adalah azab. Usahlah ikutkan nafsu, terutaman di bulan Ramadan yang berkat ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Abdullah berkata, selepas muktamar tahunan Pas baru-baru ini, pemimpin yang kalah telah menunjukkan reaksi luar biasa dengan merancang menubuhkan parti baharu hanya kerana tidak terpilih untuk terus kekal dalam Pas.
Katanya, beliau menjangkakan selama ini bekas pemimpin berkenaan boleh menerima kekalahan, tetapi malangnya mereka menjadikan perebutan jawatan agenda utama untuk menang dan ia suatu yang mengecewakan.
Menurut Abdullah, parti baharu itu kononnya bersifat progresif yang melibatkan beberapa NGO Islam, bahkan ada juga idea daripada pihak tertentu menzahirkan seolah-olah mereka sahaja menguasai Sains Kemanusiaan atau fiqh sunnatillah. - MalaysiaGazette
Pas kata tak menang tak apa, itu bukan matlamat. Buat apa nak sibuk2 pula kata rugi pulak. Nak rungsing apa pasal rugi, dah kita yg mahu macam itu.
ReplyDeleteMereka menganggap telah dibuang oleh PAS yakni pemimpin pemimpin PAS.Mereka yang kalah dan tidak diperlukan oleh PAS ini adalah merupakan pejuang.Memandangkan kepimpinan PAS kini tiada keupayaan untuk meneraju rakyat menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan UMNO BN, adalah menjadi tanggung jawab dan mereka terpanggil untuk menubuhkan parti baru sebagai wadah perjuangan yang berpaksikan Islam yang digerakkan oleh professional Islam.Kenapa perlu dikritik dan diumpat keji.Berikan sokongan dan perbsnyakkan pejuang Islam.Tidak semestinya PAS sahaja memperjuangkan Islam.
ReplyDeleteHabis dah pas kata kemenangan bukan matlamat utama. Kalau masuk bertanding tak mahu menang lebih baik jgn bertanding, duduk kat masjid & surau lagi baik dpt juga sampul org hulur. Kenapa nabi hijrah ke Madinah utk tegakkan kerajaan Islam? Tanpa kuasa adakah syariat Islam mampu ditegakkan? Kalau boleh baik hijrah ke negara kafir & tegakkan syariat Islam disana.
ReplyDeleteBiarkan pas terjun dgn labu-labunya.
Parti Islam baru mesti ditubuhkan kalau tidak ramai lagi ahli pas akan masuk dap.pas dah jadi macam dinasour akan pupus sampai masanya.
Dah mereka dikalahkan dgn cara yg amat tak berakhlak oleh mereka2 yg menggunakn kaedah matlamat menghalalkn cara, mana cara hidup Islamnya...malu lah sape2 yg masih jd ahli PAS...
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteAmbo setuju pendapat abuamir.
Abdullah Abd Kadir merapu je, sekadar menjadi penyambung lidah pihak yang telah berjaya menggunakan ulamak UG untuk menghancurkan PR dan PAS itu sendiri. Saya percaya ulamak UG yg berjaya merampas kepimpinan PAS dalam pemilihan lepas melalui cara kotor itu sudah sedar mereka sudah diperangkap musuh dan sedar bahawa tangan2 mereka sendiri yang merosakkan PAS. Saya berpendapat mereka sekarang sudah sedar tersilap masuk perangkap musuh apabila kita tengok dari kenyataan-kenyataan yg dibuat memberi gambaran mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghadapi suasana yg mereka ciptakan sendiri. Saya berani kata bahawa perjuangan bernada keras mereka sebelum muktamar sebenar adalah topeng sahaja, tidak berdasarkan satu fikrah yg mantap dan jitu. Sebabnya jika fikrah mereka itu mantap dan jelas, kita sudah nampak tindakan2 yg jelas dari mereka memacu petjuangan PAS baru mengikut gikrah tersebut. Yang kita nampak tindakan2 mereka srolah2 kebingungan bagi menghadapi suasana sekarang.
Cabaran politik sekarang, mengambikkira aoa yg betlaku dalam UMNO dan kerajaan serta keadaan PAS selepas muktamar, kita tidak boleh mengelak untuk ditubuhkan satu lagi parti Islam yang lebih progresif. Perlu diingat dengan keadaan kerajaan Najib yg dibelenggu dengan masaalah teruk, kita mengandaikan PRU 14 akan dipercepatkan oleh Najib atau sesiapa yg menggantikan beliau.
Begitu juga dengan penubuhan PR 2.0. Sebenarnya DAP dan PKR tidak terkesan besar dari apa yg berlaku dalam PAS.Sepanjang 2 tahun ini dimana puak UG telah cuba dengan pelbagaii cara untuk meruntuhkan PR, DAP dan PKR tidak kehilangan fokus perjuangan mereka untuk rakyat. Mereka terus menjadikan diri mereka relevan dari arus politik negara dengab terus memperjuangkan hak rakyat walaupun disabotaj oleh puak UG mengggunakan platform PAS.Disini puak UG sudah melakukan kesilapan besar - mereka fokus 100% untuk agenda puak mereka sekaligus melupakan petjuangan kepenyingan rakyat, juga 100%.
Jadi PR masih boleh di pertahankan dengan menubuhkan PR 2.0 tanpa PAS. Tempat PAS diganti oleh parti Islam yg baru. PR 2.0 masih boleh mencipta kejayaan yg lebih dalam PRU 14 nanti tetapi PR 2.0 perlu ditubuhkan seberapa segera. Kali ini semakin ramai rakyat akan menyokong PR 2.0.
Biarlah PASCAI terjun dengan keangkohan mereka.......
Deletebiarkan! biarkan! Biarkan!
Biarkan si PASCAI terjun dengan keangkuhan mereka...
Deletebiarkan! biarkan! biarkan!
Biarkan si PASCAI terjun dengan keangkuhan mereka...
Deletebiarkan! biarkan! biarkan!
Biarlah PASCAI terjun dengan keangkohan mereka.......
Deletebiarkan! biarkan! Biarkan!
Biarlah PASCAI terjun dengan keangkohan mereka.......
Deletebiarkan! biarkan! Biarkan!
Ingatkan amno bakal pupus.. Rupanya pas... Keian para ustaz yg dok sibuk ambil keje org lain.. Nk jaga duit, nk jaga dlm nnegara.. Luar negara.. Parti seniipun xboleh ... Tarbiah dok mana.? Tok ketua merapu mcm org telan pil kuda... Ooo kesian pas...
ReplyDelete