mk - 2:00PM - 8 Jul 2015
Menyedari sokongan pengundi muda bawah 30 tahun amat penting pada pilihan raya umum akan datang, PKR hari ini mengumumkan penyertaan pemimpin muda dan mahasiswa untuk menarik sokongan kumpulan itu ke dalam parti itu.
Wan Ji yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dilantik sebagai exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam parti itu.
Agamawan muda itu mendapat pendidikan Islam awal di Karachi, Pakistan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Maqasid Syariah di Universiti Al-Azhar.
Beliau yang juga aktivis hak asasi bertanggungjawab menambah keahlian dan memperkuat sayap PKR itu.
Manakala Presiden Majlis Keadilan Mahasiswa (MKM) Mohammad Zaki dan timbalannya Muhammad Affendy ditugaskan untuk menarik sokongan mahasiswa kepada PKR.
Mohammad Zaki dan Muhammad Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang dan pendebat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pernah menjuarai debat undang-undang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"PKR akan terus memberi ruang kepada gologan muda dari kalangan mahasiswa, aktivis dan profesional supaya roh parti ini yang digerakkan oleh golongan muda akan terus dikekalkan selaras dengan amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perubahan hanya berlaku dengan penyertaan orang muda," kata Rafizi.
Rafizi juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Dr Fahmi Ngah (kiri) diberi tanggungjawab untuk menarik lebih ramai penyertaan pimpinan profesional bersama parti itu.
Sebelum ini Fahmi pernah bertugas sebagai saintis kanan Agensi Penyelidikan Pertahanan United Kingdom, sebelum menyertai sektor korporat di negara itu dan di CIMB.
Beliau juga bertanggungjawab khusus kepada program 'Profesional in Politics (PIP) yang bakal dilancarkan PKR.

Nasib baik x jadi ahli pas...kalau tidak poneng kepalo tengok gelagat pemimpin kek ateh....berbelit
ReplyDeletebelit cakap......dulu dongar gak....sekarang ni....nyampah heiii!!!!!
Org muda dan berpelajaran tinggi memang tiada tenpat dalam pas. Semua ularmak tuang presdeng dan wala'on dah bolot habis-habisan. Nak masuk kalu boleh jugak tapi setakat pasang bendera aje la
ReplyDeleteOrang orang PAS ada yang bijak dan ber akal
ReplyDeleteElok lah masok PKR ber gaul dengan orang orang bijak pandai yang lain.
Jadi STONE dalam PAS tiada guna juga pon.