Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 5, 2015

Isy.......kerap sungguh berjanji dan bersumpah......

Najib janji tak khianati rakyat
mk - 9:49PM - 5 Jul 2015

Terpalit dengan dakwaan skandal dana 1MDB yang disalurkan ke akaun peribadi beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau sesekali tidak akan mengkhianati rakyat.

"Sungguh, sebagai perdana menteri saya tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia dan harta rakyat.

"Itu sudah janji saya," katanya kepada kira-kira 400 hadirin di majlis berbuka puasa bersama penduduk di Semenyih, hari ini.

Sehingga kini Najib belum memutuskan untuk memulakan proses perundangan terhadap akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan beliau dengan dakwaan mengambil wang dari dana 1MDB.
Menurut WSJ, transaksi itu berlaku pada Mac 2013 dan Disember 2014 hingga Februari lalu.

Sebelum ini pelbagai pihak - sama ada pembangkang atau tokoh dalam kerajaan sendiri - menyarankan Najib segera mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ kerana ia membabitkan integriti beliau sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan.

Dari negatif kepada stabil

Kata Najib, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menyaman WSJ dan tidak akan membiarkan kuasa luar mengancam atau menumbangkan kawalan BN dalam kerajaan.
 
 "Ini kerana kita dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyentuh penarafan positif Fitch Ratings terhadap ekonomi Malaysia yang didakwanya dibuat selepas agensi berkenaan melakukan banyak kajian.

Ia termasuk melawat kawasan pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia - dua projek dikendalikan oleh 1MDB.

Kata Najib, agensi penarafan itu menaikkan status Malaysia daripada "negatif" kepada "stabil".

"Isu ini digembar-gemburkan tetapi ia tidak menjejaskan penilaian mereka (Fitch Ratings). Mereka tetap katakan bahawa isu tersebut tidak mendatangkan risiko kewangan secara sistemik.
 
"Mereka yakin dengan pelan pemulihan ataupun rationalisation yang dibentangkan oleh 1MDB. Sebab itulah mereka telah memberi markah yang lebih baik kepada Malaysia, dari negatif jadi stabil," katanya.

1 comment:

  1. MANA ADA MALAOUN NAK MENGAKU DIRI NYA MALAOUN ?????

    Budak Bahalol ini mana ada Kredibility pon

    Kesian ARWAH ALTANTUYA

    ZZ PON DI HENYAK NYA

    Orang Macam Ini Mana Boleh Jadi Pemimpin Pon.....

    Mana Ada Ikut Ajaran NABI SAW punya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa