Layan rakyat seperti layanan istimewa terhadap Rosmah – Mufti Perlis
Kerajaan perlu menunjukkan simpati terhadap rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan sepatutnya melayan rakyat sama seperti layanan istimewa yang diberikan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau merujuk kepada layanan istimewa terhadap Rosmah yang dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis di Shah Alam baru-baru ini kerana beliau mengalami sakit lutut san tidak boleh tunduk.
Mohd Asri yang memuat naik statusnya di Facebook berkata, beliau tidak hairan jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya.
“Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.
“Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati.
Janganlah kita kata ‘terlebih manja’, ataupun ‘kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai’ atau seumpamanya,” katanya.
Janganlah kita kata ‘terlebih manja’, ataupun ‘kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai’ atau seumpamanya,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Asri berkata layanan istimewa yang diterima Rosmah itu tidak sama dengan layanan kerajaan terhadap rakyat yang menghadapi pelbagai tekanan hidup.
Katanya, kerajaan sepatutnya menunjukkan simpati jika rakyat tertekan kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kerana kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajar hulurkan simpati,” katanya.
Sama seperti isu Rosmah apabila rakyat dinasihat tidak membuat andaian melulu begitu juga dengan rakyat yang tidak sepatutnya dilemparkan kata-kata biadap apabila mengadu mengenai tekanan hidup.
“Janganlah kata ‘rakyat manja’ ataupun ‘jika mahal, jangan beli’ ataupun ‘jika nak jimat, jangan balik kampung’ ataupun apa-apa ‘ayat biadap untuk rakyat’.
“Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa