Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Jangan cakap saja, dedahkan siapa pemimpin pembangkang itu........

'Siasat dakwaan Sarawak Report palsukan maklumat' - Rahman Dahlan
PUTRAJAYA: Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mendedahkan penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam memalsukan fakta di dalam laporan portal Sarawak Report.

Tegasnya, pendedahan video itu memberitahu pemimpin pembangkang terbabit juga bersekongkol dengan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam semua pemalsuan fakta berkaitan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pengadu tersebut mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wujud niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan misi yang digelar 'Mission to criminalize Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB'.

"Jika niat ini benar, ianya adalah satu perbuatan dahsyat dan bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini.

Katanya lagi, satu laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Petaling Jaya pada Rabu mengenai isu berkenaan.

Sarawak Report bertarikh 9 Julai sebelum ini mengeluarkan laporan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan transaksi berjumlah RM2 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan laporan berita The Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia yang kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen daripada siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report.

TONTON: Puteri UMNO buat laporan polis terhadap Sarawak Report

Dalam pada itu kata Abdul Rahman, polis turut digesa memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat dan siasatan segera dilakukan.

"Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom (UK).

"Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

"Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di UK," jelasnya.

Ujar Abdul Rahman, pendedahan itu perlu disiasat rapi oleh polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

"Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan emel yang didakwa telah ditulis oleh Clare Brown.

"Antara isi kandungan emel yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Clare Brown telah didakwa menulis: 'Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!'," katanya.

Jelasnya, pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Clare Brown melalui emel itu tidak dapat dipastikan.

"Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Clare Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis UK serta PDRM dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam emel berkenaan," ujarnya.

5 comments:

  1. Siarkan di tv malaysia, kamipun nak lihat juga.

    ReplyDelete
  2. 1/Kenapa Putri Umno buat lapor Polis dan Bukan Pemuda UMNO ?

    2/Kenapa takut nak bagi tau Pemimpin Pembangkang tu ?

    3/Omputeh kalau buat kerja jaga nama baik tak sama macam orang orang Melayu ; mustahil jugak Claire Brown nak busok kan nama Gordon Brown ex-PM UK dengan bebende bodoh.

    4/Berita ini nak keliru kan Rakyat lagi ke supaya Air KOTOR masih di kata JERNIH?

    Kepala Otak !!!!!!!!

    Dah di bayar Gaji Pencen dari Cukai Rakyat masih nak kencing Rakyat balik.

    Mak Bapak tak ada ajar masa kechik kechik dulu ke ; jangan kencing tangan yang bagi makan ????

    Nampak gaya bukan orang yang beribadat sholat hanya nak kejar dunia sampai KIOK.

    ReplyDelete
  3. Siasat mangkuk yg merompak duit rakyat...jangan siasat org yg dedahkan aktivity perompak

    Jgn jadi bangang...
    mentang2 perompak tu VVIP maka hendak dilindungi...
    rakyat bawahan yg melapor pula disiasat..

    JANGAN JADI MANGKUK

    ReplyDelete
  4. Dasar melayu lapuk...pemimpin sendiri korup, ada yang masih nak melindunginya...jika disiasat secara teliti dan telus perkara ini bukanlah fitnah...lihatlah dengan mata kepala sendiri, dimanakah datangnya kemewahan Rosmah yang semakin menjadi2 tu?...dimanakah datangnya duit anak Rosmah yang melabur keatas sebuah filem Hollywood yang gagal tu?...dimanakah datangnya duit anak2 Romah/Najib membeli beberapa hartanah mewah diluar negara?...dan banyak lagi perkara2 yang masih tersembunyi belum terbongkar lagi...sudah terang lagi mahu bersuluh...

    ReplyDelete
  5. kini tdpt satu usaha terperinci utk membersihkan nama najib..keujudan entiti palsu bagi menafikan penglibatan pi em dlm 1mdb dan sewaktu dengannya..

    layan....tetapi mereka mencuci minyak dgn air aje..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa