Published: 15 July 2015 3:05 PM
PAS perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam selepas putus hubungan dengan DAP, kata ahli dan aktivis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.
Semua kerusi pantai barat tidak lagi selamat buat PAS, kata ahli akar umbi dan aktivis selepas parti Islam itu memutuskan hubungan rasminya dengan DAP.
Walaupun hubungan tidak rasmi masih wujud di antara ahli PAS dan DAP tetapi keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan sekali gus memberi isyarat mereka perlu bersedia dengan penurunan sokongan bukan Islam.
Ia merupakan sokongan komuniti pemimpin akar umbi seperti kata Dr Sheikh Ibrahim Salleh yang merupakan orang penting dalam kemenangan PAS di pantai barat dari Kedah ke Johor.
Ahli akar umbi lain dari Kuala Lumpur pula menyifatkan:“Sokongan bukan Islam kepada PAS di luar jangka ketika mengadakan hubungan bersama DAP. Jadi, bila hubungan PAS-DAP berakhir maka begitulah juga sokongannya.”
Pantai barat tidak selamat lagi
Bagi sesetengah pemimpin akar umbi, penurunan sokongan bukan Islam dapat dilihat sejak sebelum muktamar bulan lalu yang meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ia berikutan keputusan DAP pada April untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Resolusi itu mengeruhkan lagi keadaan. Dr Sheikh Ibrahim berkata, bukan Islam meminggirkan PAS sejak krisis menteri besar Selangor pada pertengahan 2014.
Dalam krisis itu, Hadi tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat PKR dan DAP untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Imej PAS merosot sejak itu. Rakan bukan Islam kita mohon maaf berkata mereka tidak lagi menyokong PAS,” kata Sheikh Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong.
“Sokongan kepada PAS akan sangat berkurang dalam PRU akan datang.”
Beliau berkata PAS melakukan yang terbaik di Johor dan kebanyakan tempat di pantai barat dalam pertandingan kerusi campuran di mana nisbah Islam dan bukan Islam ialah 60% kepada 40%.
“Apabila majoriti Melayu lebih daripada 60%, PAS lebih sukar untuk menang. Jadi semua kerusi yang dipegang PAS di Johor tidak selamat kerana kita kehilangan sokongan bukan Islam.
“Perkara sama berlaku kepada tempat di Kedah, Perak malah di Selangor,” katanya.
Majlis Syura Ulama (MSU) secara rasmi memberi lampu hijau untuk memutuskan hubungan dengan DAP, selepas lebih sebulan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas.
Mereka berkata keputusan itu diambil ekoran tindakan provokasi berterusan DAP dan sikap suka campur tangan dalam urusan PAS.
Keputusan yang diluluskan itu akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat selepas MSU bertindak sebagai badan tertinggi yang menetapkan hala tuju dan dasar parti.
Menyalakan semula api lama
Hubungan PAS dan bekas rakan pakatannya, PKR dan DAP menyukarkan ahli biasa bagi mendapat sokongan penyokong yang lebih ramai, kata pemimpin akar umbi Selangor Shazni Munir.
Selepas mengadakan program bersama di bawah satu payung Pakatan Rakyat (PR) sejak 7 tahun lalu, ahli dan aktivis di peringkat akar umbi enggan menjemput DAP ke acara rasmi kerana bimbang dimarahi pimpinan atasan parti.
Keakraban ikatan yang dibayangkan pengundi Malaysia dan diidamkan ahli PAS yang sanggup bekerja tanpa bayaran, kini tiada lagi, kata Shazni.
Sukar memenangi kembali hati pengundi bukan Islam yang sedekad lalu tidak pernah bermimpi mengundi PAS.
“Amat menyedihkan apabila kita berbicara dengan pakcik Cina dan mereka bertanya mengapa PAS tidak menjaga hati orang bukan Islam. Adakah PAS tidak menghargai sokongan mereka?,” kata Shazni yang merupakan timbalan ketua kawasan Sijangkang.
“Pada ketika kita masih susah memenangi undi Melayu kawasan pedalaman, kita sangat menghargai sokongan bukan Islam.”
Ahli PAS Titiwangsa berkata dapat dilihat penurunan kehadiran bukan Islam dalam program PAS tahun ini.
Pengundi Cina dan India mewakili 30% populasi di kawasan Parlimen Titiwangsa yang biasa ditandingi PAS dan kekalahan ini pastinya akan dirasai dalam PRU akan datang.
Walaupun semangat mereka masih lemah, pemimpin DAP Anthony Loke berharap akan ada perubahan.
Hubungan rakyat di peringkat akar umbi masih utuh, katanya dan di sesetengah kawasan, ahli kedua-dua parti masih menjalankan program bersama.
“Kawasan saya di Jelebu, hubungan dengan akar umbi PAS masih utuh. Kami masih menghadiri sesi buka puasa dengan ahli PAS di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Kota Baru,” katanya.
Antara yang dapat dilihat ialah majlis buka puasa bersama personaliti PAS bersama pimpinan tertinggi PKR dan DAP di Kuala Lumpur pada 23 Jun.
Pada majlis itulah, timbul ura-ura satu parti Islam baru akan ditubuhkan ahli PAS yang disingkirkan dengan kerjasama DAP dan PKR.
Biasanya, pemimpin PAS dan mereka yang wala’ akan cepat mengulas mengenai penubuhan parti baru seperti bekas setiausaha agung Datuk Mustafa Ali yang menjangkakan parti baharu akan dilihat proksi DAP dan tidak kekal lama.
Di sebalik dakwaan itu, ahli biasa PAS dan DAP masih menanti sama ada parti baharu ini mampu menghidupkan kembali semangat lama PR yang membantu mereka menghampiri Putrajaya. – 15 Julai, 2015.
# Kenapa harus bimbang dan kalot?
Bukankah pemimpin PAS pernah kata yang PAS masuk pilihanraya bukan untuk menang?
Mereka kata PAS semakin kuat tanpa jebon dan perasit
Nazir Razak ini Anak Razak.
ReplyDeleteJangan lupa
Mat Bahalol pon bukan Bahalol
GAHARU kena pikir luar kotak jangan jafi TOLOL di guna untuk menutup taik taik Mat Bahalol
Sebaik nya jangan ter libat dengan Jenama RAZAK
Anjing kalau sudah makan Taik , akan tetap Makan TAIK bila ada peluang.
Tak mungkin Khalid Samad sanggup biar Shahrir Samad jatuh longkang....
Sama lah cerita mat bahalol ini
Apa SPECIAL GAHARU sampai tetiba di cari Nazir £ Saifuddin ?????
PAS memang BODOH tapi harapan GAHARU ada beza dengan kawanan SEPILOK nun.
BANGSAWAN tetap BANGSAWAN , mana mungkin sanggup hidup di Kedai Mamak seperti GAHARU.
Pergi minta nasihat Rafizi dan Dato Seri Anwar Ibrahim dulu.
Hidup ini biar lah BODOH sekali dan jangan se umur hidup.
Baguslah tapi perlu terima juga yang Pakatan Rakyat menjadi Pakatan ber-4 apabila tertubuhanya parti baru kelak. Terang-terang PKR dan DAP setuju untuk membawa masuk parti baru dlm PR. Pas setuju atau tidak terpaksa menerima idea tersebut kecuali PAS keluar dari pakatan tersebut.
ReplyDeletePas paling akan terkesan jika kekal bersama kerana Parti Baru akan menuntut hak di kawasan DUN dan Parlimen yg mereka menangi sebagai menegkalkan status Quo.
Selangor juga akan berubah kerana Parti Baru akan mengambil 1/3 hak Pas dlm kerajaan Negeri ( 1 exco dan jawatan dlm GLC ) Ini berlaku jika 2 adun yg di BARUA dan digantung menyertai Parti Baru.
Pas keluar PR dan sendiri lg parah, pasti sekadar sedikit utuh di Pantai Timur sahaja kerana pola politik pantai barat berbeza. Jika sertai UMNO pasti grass-root Pas tak akan dapat terima kecuali kabilah Walaun sahaja lah. Pantai Timur juga tiada jaminan dan lihat Terengganu dapat sepenggal sahaja kerana Hadi tidak wujud di hati rakyat Terengganu seperti Arwah Tuan Guru di hati rakyat Kelantan, maka Terengganu kekallah jika ceramah di Rusila berkilometer kena jalan kaki kerana ramai datang tp bila PRU tetap BUNGKUS juga.
Jadi diseur seluruh warga PAS yg berjawatan di Pulau Pinang diarah letak jawatan seandainya Muktamar/Dewan Ulama/ MSU lebih mulia dari DUIT. Berambus lah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur.
Teruskan lah maju jaya pd Barisan Kepimpinan Cai yg ada antaranya suka MENJEBON, MEMBARUA dan MENTOLOL kan orang lain.
Harapan Baru VS Duit Duit-isle isle
Apa yang ko sibuk post Pakatan ber4 berhari-hari ni? Meroyan? Pas is out...pas sokmo sabotage plan PR...buat apa simpan duri dalam daging....sudah-sudah la letak kepercayaan kat pas...
ReplyDelete