Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Wanita yang ditembak pagi tadi kini masih dirawat. FOTO ihsan pembaca
Dalam kejadian 8 pagi, wanita berusia 51 tahun itu ditembak dari luar keretanya ketika dia berhenti.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Asisten Komisioner Junaidi Ujang berkata, suspek yang menembak wanita itu dipercayai menaiki motosikal dan belum dikenal pasti.
Katanya, suspek menembak mangsa dari arah kanan kereta.
"Mangsa kini masih dalam rawatan kecemasan dan belum dapat ditemubual untuk maklumat lanjut.
"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui dua anak peluru jenis .38 dan siasatan lanjut masih diteruskan,"katanya
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 3:01 PM
Oi Zahid, adakah Malaysia masih aman?
ReplyDeleteTembak pompuan pulak
ReplyDeleteMacam macam