Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 3, 2015

Mahfuz masih nak jaja PAS yang dipimpin Hadi?

Mahfuz: Beri keahlian penuh pada bukan Islam
mk - 7:22AM - 3 Jul 2015

WAWANCARA Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata sudah sampai masanya PAS memberi keahlian penuh kepada orang bukan Islam yang mahu menyertai parti itu dan tidak hanya meletakkan mereka dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) semata-mata.

Beliau juga menegur kepimpinan PAS yang "masih menaruh kebimbangan" untuk berbuat demikian sehingga mereka dianggap berada dalam "kelas kedua" dalam parti Islam itu dan ia tidak mencermnkan keterbukaan dalam Islam.
"Saya tak fikir kalau PAS tu sendiri, sebagai sebuah parti Islam perlu bimbang untuk membuka keahlian penuh kepada orang bukan Islam. Bagi saya, PAS sendiri sepatutnya sudah membuka ruang keahlian kepada orang bukan Islam menjadi ahli yang penuh.

"Parti Islam hari ni harus lebih memperlihatkan dan dilihat oleh orang bukan Islam sebagai parti yang sangat mesra dengan semua orang termasuk orang bukan Islam. Bukan (jadi) parti yang hanya eksklusif, dilihat milik kepada orang Islam (sahaja).

"Sehingga kita (PAS) masih menaruh kebimbangan untuk hendak membuka ruang keahlian yang penuh kepada mereka yang akhirnya dilihat mereka berada dalam keadaan 'second class'.

"Ini tak baik kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat kebaikan, kelembutan, keterbukaan Islam," katanya yang juga bekas ketua penerangan PAS.

Beliau mengulas wawancara anak kelima bekas presiden PAS Faiz Fadzil yang mengharapkan parti baru yang bakal ditubuhkan, lebih bersifat inklusif dengan menerima keahlian penuh bukan Islam selagi mereka menyokong dasar perjuangan Islam dan dibenarkan untuk mengundi dalam parti itu.

Gesaan Mahfuz itu dilihat selari dengan inti ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu DHPP diperkukuhkan peranannya dengan lonjakan baru dari segi keahlian, struktur organisasi dan perancangan geak kerja.

'Islam tak boleh digugat'

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata jika PAS yakin bahawa dasar perjuangan Islam tidak boleh digugat, maka siapa sahaja yang berada dalam parti itu tidak akan menjejaskan dasar yang dibawa itu.

"Yang penting kita harus merumuskan bagaimana dan tiada siapa yang boleh menggugat dasar Islam yang diperjuangkan PAS. walaupun dia bukan Islam, dia tidak boleh menggugat," katanya.

Bagaimanapun Mahfuz berkata terpulang kepada parti baru yang bakal dibentuk oleh rakan-rakannya dalam PAS untuk menentukan sama ada mahu membuka keahlian penuh ataupun tidak.
Mengulas gaya kepimpinan Datuk Fadzil Mohd Nor, yang dipertua Pokok Sena itu mengakui ketegasan, keterbukaan dan kebijaksanaan politik bekas pemimpin utama PAS itu yang melangkaui zaman, tidak emosional dan mementingkan keadilan serta kemanusiaan.

Mahfuz berkata pandangan dan langkah politik Fadzil "penuh dengan perkiraaan" dan "keuntungan politik" sekalipun ada beberapa tindakannya yang tidak dipersetujui atau sukar diterima oleh kepimpinan dan ahli PAS termasuk beliau ketika itu.

Mahfuz memberi contoh bagaimana Fadzil menerima tawaran debat dan berada sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta hadir di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat menjadi menjadi timbalan presiden Umno.

"Tetapi inilah sifat sebagai seorang pemimpin, mengambil satu langkah yang cukup sukar untuk orang terima.

"Akhirnya, bila kita melihat tengak respons lepas itu, baru kita lihat bagaimana beliau mempunyai pemikiran yang jauh iaitu bagaimana orang melihat PAS.

Gaya, kebijaksanaan Fadzil

"Orang mula berbincang tentang PAS, tentang kepimpinan PAS dan keterbukaan kepimpinan PAS pada waktu itu," katanya yang enggan membandingkan gaya kepimpinan Fadzil dengan Abdul Hadi.

Pada masa yang sama,  Mahfuz mahu kepimpinan PAS sekarang mengambil pengajaran daripada gaya dan kebijaksanaan kepimpinan Fadzil tanpa menggadaikan prinsip dan dasar Islam di samping tidak merendahkan kelebihan dan keistimewaan yang ada seseorang pemimpin.
"Apa yang harus dilihat, kepimpinanan yang ada seharusnya mengambil pengajaran kepimpinan masa lalu. Bahkan seharusnya lebih mengutarakan politik yang penuh kebijaksanan, bukan bermakna menggadaikan prinsip.

"Kalau kita menerima hakikat bahawa politik di Malaysia merupakan politik yang tidak boleh bersendirian untuk mentadbir negara, maka sudah tentu perlukan kebijaksanaan dalam perundingan untuk memastikan supaya prinsip kita tak tergadai tapi matlamat tercapai," katanya.

Mahfuz yang juga ketua whips PAS turut memuji sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Fadzil sebagai pemimpin Islam sewaktu berunding dengan DAP bagi menyelamatkan Barisan Alternatif.

"Dalam  keadaan begitu pun, krisis genting dalam hubungan DAP, beliau mampu merendahkan diri. (Ia) bukan merendahkan martabat sebagai pemimpin Islam, tetapi merendahkan diri untuk hadir dalam rundingan supaya masa depan politik Malaysia masih dilihat sebagai keutamaan," katanya.

Sekalipun beliau enggan mengheret Fadzil dan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam krisis dalaman PAS, Mahfuz bagaimanapun menyanjung tinggi harapan bekas menteri besar Kelantan itu yang mahu Pakatan Rakyat diteruskan walaupun tegas dalam isu hudud.

"Saya hormati kedua-dua arwah tapi jangan heret dalam permasalahan politik yang berlaku dalam PAS," katanya bagi menjawab soalam sama ada jika Nik Aziz dan Fadzil masih hidup, krisis dalam PAS tidak akan wujud.

4 comments:

  1. Meluat aku tengok mahfuz nie...gila talak

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tau, cek org kedah. Mahfuz ni kami anggap pelawak..jangan ambik hati. IQ dia rendah sikit, dulu demam panas. Kira-kira dia lebih kurang "down-syndrom". Biagla dia bercakap sorang-sorang....

    ReplyDelete
  3. Abe

    Mahfuz masih terkejut dengan kekalahan dlm pemilihan. Dia xdpt menerima kekalahan tersebut dan masih confuse. Tu yang kita nampak dia seperti lalang sekarang. Dia masih ingat dia masih lagi ketua penerangan sedangkan ketua penerangan baru dah dilantik. Mahfuz masih xmau let go.

    Mahfuz kena sedar cepat. Apa yg dia buat sekarang ini ibarat mahu makan keliling. Suasana sekarang xbleh begitu. Dia kena pikih antara satu: nak dok dlm PAS lagi ke atau nak mufarakah spt geng2 lain. Xboleh makan keliling.....

    ReplyDelete
  4. Abe

    Mahfuz masih terkejut dengan kekalahan dlm pemilihan. Dia xdpt menerima kekalahan tersebut dan masih confuse. Tu yang kita nampak dia seperti lalang sekarang. Dia masih ingat dia masih lagi ketua penerangan sedangkan ketua penerangan baru dah dilantik. Mahfuz masih xmau let go.

    Mahfuz kena sedar cepat. Apa yg dia buat sekarang ini ibarat mahu makan keliling. Suasana sekarang xbleh begitu. Dia kena pikih antara satu: nak dok dlm PAS lagi ke atau nak mufarakah spt geng2 lain. Xboleh makan keliling.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa