Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 4, 2015

Najib akan saman, WSJ pertahan laporan dan Ambank harus sahkan akaun

Sumber kami kukuh, kata WSJ pertahan laporan mengenai Najib 
TMI - Published: 4 July 2015 10:14 AM
Kontroversi syarikat 1MDB yang sarat hutang sebanyak RM42 bilion bertambah hangat semalam ekoran pendedahan The Wall Street Journal mengenai aliran wang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. – Gambar AFP, 4 Julai, 2015

Walaupun dinafikan perdana menteri, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) tampil mempertahankan laporannya semalam yang mendakwa berbilion ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata ia bersandarkan maklumat siasatan dan dokumen kukuh.
Bercakap kepada CNBC, Ken Brown, ketua biro WSJ di Hong Kong, berkata pihaknya sangat cermat sebelum menerbitkan laporan itu memandangkan ia melibatkan seorang ketua kerajaan.
"Kami amat berhati-hati dan kami percaya dokumen yang ada pada kami adalah kukuh dan bersumberkan siasatan yang boleh dipercayai, bukan siasatan berniat politik.
"Ia merupakan laporan penting dan kami serius mengenainya.
"Bila-bila ada ketua sesebuah negara... atau ada bukti menunjukkan wang dimasukkan ke akaun, akaun peribadi, dan berkait urusan kerajaan, ia menjadi penuh drama," Brown memberitahu CNBC.
Tambahnya, dokumen yang ada padanya sudah dilihat Peguam Negara dan juga perdana menteri sendiri.
Ditanya mengenai respons Pejabat Perdana Menteri (PMO), Brown berkata ia cuma menjawab perdana menteri tidak menggunakan sebarang dana bagi tujuan peribadi.
"Dan mereka menuduh musuh politik mereka yang mencipta cerita ini bagi menyerangnya.
"Begitu juga kenyataan mereka terhadap laporan kami mengenai 1MDB sebelum ini, mengenai cara dana syarikat itu digunakan oleh perdana menteri dalam kempen pilihan raya yang lepas, jadi reaksinya sama," kata Brown.
Ditanya sama ada beliau tahu sumber dana tersebut, Brown berkata pihaknya "tahu apa yang mereka tahu", sambil menambah sebahagian dana berasal daripada sebuah unit Kementerian Kewangan, manakala sebahagian lagi menerusi sebuah bank swasta yang ada kaitan dengan Abu Dhabi, yang menurut Brown mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dan menyokong bon 1MDB.
"Ke mana perginya wang itu, kami tidak tahu. Aliran yang ada pada kami berakhir di akaun bank yang padanya ada nama perdana menteri."
Semalam, PMO menyifatkan pendedahan WSJ itu sebagai sabotaj politik dan usaha segelintir individu mahu menghancurkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, memburuk-burukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
Dalam laporan mereka semalam, WSJ dan laman Sarawak Report memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai maklumat itu.
Dokumen berkenaan menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB sebelum akhirnya masuk ke akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Ia juga menunjukkan transaksi terbesar bernilai AS$620 juta, manakala sebuah lagi akaun menerima AS$61 juta pada Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum dijalankan. – 4 Julai, 2015.

Najib akan saman WSJ, lapor akhbar
TMI - Published: 4 July 2015 8:40 AM
Laporan The Wall Street Journal semalam yang mendakwa meneliti dokumen siasatan kerajaan Malaysia menunjukkan aliran wang masuk yang besar ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak. – 4 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Wall Street Journal berhubung laporannya semalam mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini.
Ia memetik setiausaha politik Najib, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang menyifatkan laporan itu sebagai fitnah jenayah.
“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.
“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang," Khairun memberitahu Sinar Harian.
Semalam, WSJ memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, yang menurutnya menunjukkan US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad, sebelum wang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Akhbar itu berkata transaksi terbesar bernilai US$620 juta, manakala sebuah lagi akaun menerima US$61 juta pada Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum dijalankan.

Putrajaya menafikan laporan tersebut, dan bertegas Najib tidak pernah menggunakan mana-mana dana awam.
Dalam kiriman Facebook beliau semalam, Razak menyangkal apa yang disifatkanya dakwaan tidak berasas dan keterlaluan terhadap beliau dan keluarganya, mengatakan beliau tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1MDB atau mana-mana entiti lain.
Menurut Najib, dakwaan itu merupakan sebahagian kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik, dan merupakan rentetan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya "mewujudkan krisis" dengan membuat tuduhan melulu RM42 juta hilang dari 1MDB.
1MDB kini menjadi tumpuan penyiasatan beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik hebat beberapa bulan kebelakangan ini berhubung beberapa isu, termasuk 1MDB, yang mengumpulkan RM42 bilion hutang selepas hanya 6 tahun penubuhannya. – 4 Julai, 2015.

Kaitan: Ambank harus sahkan sama ada Najib punyai akaun, kata PKR

6 comments:

  1. Ini semua FITNAH AKHIR ZAMAN. Marilah kita mencari keredhaan ilahi untuk PM yang kita sayang dan Tuang Presideng yang amat teramat kita cintai..(adakah ini bakal kata-kata MYU/Ularmak PAS) Ayuh...kita buat solah hajat untuk mereka yg dizalimi orang kafir termasuk yg keluar dari PAS ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  2. kalau saman tiada lagi roti najib kalau tak saman terimalah kejatuhan kamu yang sangat memalukan rakyat semua.

    ReplyDelete
  3. diharap pihak ambank mengesahkan sama ada pm ada akaun tsbt serta amaunnya sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh? Ini sudah bughah! Kah kah kah

      Delete
  4. teruskan saman jangan sekerat jalan... baru lah nama pahlawan bugis...baru lah dunia tahu siapa yang benar

    ReplyDelete
  5. Ambank tunduk kepada Bank negara,.
    Bank negara tunduk kepada Kementerian kewangan. (Menteri kewangan= NAJIB).
    Kementerian kewangan tunduk kpd Perdana menteri.(Perdana menteri= NAJIB)
    Perdana menteri tunduk kepada ROSMAH.
    (ROSMAH bini NAJIB)

    Fikirkan lah kesudahannya....
    (Dr.G)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa