Jangan balik kampung untuk jimat belanja
Orang ramai tidak harus selamanya menyalahkan GST sedangkan patut berusaha mengubah sikap berbelanja.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Pakar penasihat kewangan mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.
Syed Abdul Aziz Qubra berkata, langkah itu bagi mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.
Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.
Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan isu bertajuk Gaji oh Gaji.
Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.
“Kalau dah ramai mesti tidur hotel dah menjadi trend sekarang tidur di hotel apabila balik beraya… tak main tidur rumah mak bapak, sempitlah..sedangkan perbelanjaan bertambah,” katanya.
Syed Abdul Aziz berkata, jika perbelanjaan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, mengapa orang ramai tidak mengubah sikap berbelanja.
Katanya, orang ramai tidak seharusnya berterusan menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan diri sendiri tidak mahu mengubah cara perbelanjaan.
Katanya, adalah sesuatu yang mengarut apabila terjebak dalam keaddan kewangan yang teruk dan terpaksa berhutang dengan along semata-mata mahu dipuji mak mertua apabila balik kampung.
Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tetapi rata-rata menyatakan tidak puas hati dengan kenyataan itu.
“Nasib baik dia tak cadang raya tahun ini ditangguhkan kerana nak berjimat,” komen Mohd Zarul Zaqry.
“Lebih baik dia cadangkan rakyat Malaysia bunuh diri saja. Tak perlu beli beras untuk makan, tak perlu beli pakaian. Beli kain kapan dan upah penggali kubur saja,” tulis Mamat Cengkerik.
“Protege Ahmad Maslan dah ditemui. Tahniah,” komen Ariff Medina.
Kaki pengampu najib taka lama lagi dapat dato la yang duduk dihotel dan rumah sempit itu bukan semua nya mampu kecuali yang dok mentegedarah duit subsidi dan kroni yang mencekik dan hisap darah rakyat rakyat yang sederhana hidup memang sudah lama berjimat tapi adakah najib ikut berjimat dikenakan cukai GST kujam rakyat dengan BR1M tapi najib sediri berjoli sakan dengan rosamah bahkan rakyat bersusah payah membayar denda ,saman dan pelabagai wakil rakyat pula dinaikan gaji dan elaun apakah semua wakil rakyat sedar yang mereka itu semasa hendak mengundi berjanji belbagai tapi bila bab naik gaji sapa sorang pun tidak bersuara membantah sudah semua perbelanjaan deberi percuma hinggakan bila dijemput kemajlis oleh rakyat pun boleh buat tuntutan perjalanan makan free disambut denga mewah lagi tapi bagi rakyat apa saja yang dikenakan oleh kerajjan tiada tolak ansur untuk berbincang,ambil contoh kemera perangkap laju jika tidak keran Mahfuz omar yang betegas entah berapa orang kroni najib akan menjadi jutawan kita tak tahu Allah Maha Kaya lagi Maha mengetahui itulah yang terjadi hari ini masih ada segelintir maknusia yang tidak perihatin dengan kesengsaraan rakyat bawahan terutma gulungan yang kais p[agi makan pagi bagi yang makan gaji mungkin bebannya sedikit tapi apahal dengan pekerja sediri seperti petani nelalyan penoroeh peneroka yang dibeban denag hutang FGV dan tukang kebun dan sebainya. fikirlah wahai maknusia munafik dengan kemewahan.
ReplyDeleteTu dia lah balik kampung tak tidur umah makbapak....sebab SEMPIT....bicara untuk naya kan diri tanggungan sendiri
ReplyDeleteKEPALA OTAK !!!!!
ReplyDeleteAyat Terbaik tuk pakat penasihat
Tiba satu masa nanti , ada ke matian jangan di lawat.... Sebab jimat minyak dan GST.
Kepala Otak dia !!!!!