Hisham: Siasat siapa luluskan 'Patriot'
mk - 6:00PM - 2 Jul 2015
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak tahu tentang penjualan plat kenderaan "Patriot" semasa menjadi pemangku menteri pengangkutan.
Beliau berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan sekiranya terdapat unsur salah guna kuasa terhadap kelulusan penjualan plat kenderaan itu.
"Saya tak tahu menahu tentang plat kenderaan Patriot. Mungkin ada usaha nak lagakan saya dan menteri sekarang. Saya tak ada benda nak disembunyikan.
"Saya harap SPRM boleh siasat kalau ada salah guna kuasa atau penyelewengan. Kalau boleh periksa siapa yang luluskan Patriot," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di PWTC hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada plat kenderaan "Patriot" diluluskan ketika Hishammuddin menjadi pemangku menteri pengangkutan.
Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai berkata penjualan plat Patriot itu mendapat kelulusan Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Akhbar Cina itu juga memetik seorang pegawai JPJ sebagai mengesahkan bahawa ia mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.
Liow sehingga kini masih berdiam diri dalam isu itu.
Berkaitan: ADUN Umno - Lelong 'Patriot' macam pelacuran
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa