Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 4, 2015

Perkara yang aku tak yakin akan terlaksana

Tubuh badan bebas siasat Najib, PKR sedia jumpa Agong 
TMI - Published: 3 July 2015 4:06 PM
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata partinya akan berusaha menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas itu diwujudkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa satu badan siasatan bebas ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Presiden PKR itu berkata, jika perlu, partinya akan berusaha untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas itu diwujudkan.
Katanya, perdana menteri kini tiada pilihan selain menjawab tuduhan yang dilemparkan dan mengisytiharkan hartanya selepas rakyat Malaysia digegarkan dengan laporan berita Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report itu.
"Perdana menteri tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.
"Perdana menteri juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki,” kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.
Akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) melaporkan terdahulu hari ini, penyiasat kerajaan terhadap firma pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Sarawak Report, yang sebelum ini kerap membuat pendedahan mengenai 1MDB juga menerbitkan laporan yang sama berhubung dakwaan itu.
Syarikat pelaburan bermasalah itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan pernah memberi dana kepada Najib dan menambah, ia sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab" untuk media menyatakan demikian.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya menyifatkan laporan itu "sabotaj politik", sambil menambah pendedahan WSJ itu adalah kerja "individu tertentu" untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
Ia juga mengingatan media tempatan agar tidak menerima apa-apa dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, selepas portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report. – 3 Julai, 2015.

# Apa kuasa dan hak tiga Tun tentukan nasib Najib?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa