Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Personal Mokhzani: Nape tidak Riza Aziz juga?

Persoal Riza Aziz juga kalau hendak personal Mokhzani
Rabu, 15 Julai 2015 21:41
Oleh Tengku Kamirul
Bulan Ramadan kian berakhir dan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi, inilah waktunya untuk kita memohon maaf antara satu sama lain dan terdapat juga ramai yang bermurah hati apabila bertukar-tukar hadiah, memberi duit raya, membeli perabot dan baju baharu.

Kemungkinan inilah juga sebabnya mengapa beberapa pihak mula membuat kenyataan yang kurang bijak, menyebabkan saya berasa malu sebagai seorang warganegara Malaysia.

Mereka membuatnya mungkin untuk mendapat perhatian, atau menerima balasan daripada orang yang pemurah yang mereka pertahankan tersebut.

Salah satu komen yang dibuat datangnya daripada seorang individu ini yang tidak berapa dikenali, tetapi mendapat liputan daripada TV3.

Namanya Azwanddin Hamzah daripada badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mungkin juga tidak diketahui ramai.

Beliau persoalkan kekayaan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyeru supaya pihak berkuasa membuat siasatan akan mengapa Tan Sri Mokhzani Mahathir mampu membeli 18 biji kereta bernilai RM36 juta.

Inilah situasi di mana seseorang itu memulakan NGO sendiri, menjadi ketuanya sendiri, mengadakan program yang syok sendiri, dan memberi kenyataan sesuka hati dengan menggunakan nama organisasi yang kononnya mempunyai pengikut yang ramai.

Semestinya ahli korporat dan ahli perniagaan tahu bagaimana nilai atau kekayaan boleh dilipatgandakan.

Pada mulanya anda memulakan syarikat yang menawarkan produk atau perkhidmatan, kemudian melaksanakan perniagaan dengan kualiti yang tinggi dan servis yang amat baik.

Seterusnya meningkatkan jumlah pelanggan, meningkatkan pendapatan dan keuntungan, selepas itu mendapat penilaian terhadap syarikat tersebut, menyenaraikannya di Bursa Saham.

Sebahagian daripada dana yang dijana digunakan untuk memperkembangkan perniagaan di samping itu pemegang saham terus dapat menikmati keuntungan yang diperoleh hasil penat lelah mereka.

Satu contoh nilai syarikat yang telah naik berlipat ganda adalah aplikasi Whatsapp. Pada mulanya dikeluarkan pada 2009, dalam masa 5 tahun ianya dijual pada harga ASD19 bilion (RM66.5 bilion). Saya berharap konsep tersebut tidak terlalu sukar untuk saudara Azwanddin dapat memahami.

Saya pasti kekayaan Mokhzani diperoleh bukan dengan mudah dan melalui proses yang dinyatakan tadi.

Kita semua boleh mendapat secara senang latar belakangnya di mana selepas beliau menerima ijazah sarjana muda Jurutera Petroleum dari Amerika Syarikat, beliau bekerja beberapa tahun di Shell.

Kemudiannya beliau menceburi bidang perniagaan melalui Tongkah Holdings di mana mereka melalui kesukaran sewaktu kegawatan ekonomi pada lewat 1990-an.

Seterusnya beliau berganding dengan mendiang HL Chong dan memajukan sebuah “fabrication yard” di Lumut.

Dibina daripada kecil, selepas 10 hingga 15 tahun fabrication yard tersebut kini sebesar 300 ekar dan merupakan salah satu pusat yang terulung di negara ini untuk, memberi perkhidmatan kepada industri minyak dan gas.

Pada mulanya ia dinamakan Kencana HL, ia disenaraikan pada 2006 dengan nama Kencana Petroleum.

Selanjutnya pada 2013 ianya bergabung dengan Sapura Crest di mana nilai pada Bursa Saham pada waktu itu adalah sebanyak RM12 billion.

Untuk pengetahuan saudara Azwanddin, harga saham tidak ditentukan oleh Dr Mahathir ataupun Mokhzani.

Ianya dinilai oleh pasaran umum hasil daripada prestasi dan prospek syarikat tersebut.

Inilah bagaimana nilai kekayaan boleh ditingkatkan dan sekiranya seseorang berbual dengan Petronas, mereka menilai fabrication yard milik SapuraKencana di Lumut sebagai salah satu yard yang terulung di negara ini dari segi teknologi dan prestasi.

Tambahan pula, lebih daripada 60% pendapatan SapuraKencana datangnya daripada luar Negara. Maka itu soal menerima kontrak secara mudah atau “handouts” tidak relevan sama sekali.

Saya menyeru supaya saudara Azwanddin untuk “Google” nama Mokhzani di laman web Forbes di mana nilai kekayaan Mokhzani boleh diperoleh sejak 2007 hingga 2015.

Daripada angka yang terkini, nilai kekayaannya adalah sebanyak AS$700 juta dan angka tersebut dikumpul daripada laman-laman web syarikat awam yang disenaraikan.

Kesemuanya adalah telus dan diaudit tambahan pula, RM36 juta iaitu nilai kereta yang mungkin dimiliki oleh Mokhzani adalah hanya 1.5% daripada jumlah kekayaannya.

Saya tertanya-tanya sekiranya Azwanddin boleh berkongsi nilai kekayaannya dan juga nilai kereta yang beliau ada untuk membuat perbandingan.

Saya sarankan organisasi seperti JMM boleh mengambil pengajaran atau iktibar daripada kejayaan Mokhzani, dan bukannya saling membidas kaum sendiri.

Bantu menaikkan lebih ramai anak Melayu yang berjaya dalam perniagaan dan cuba elak daripada terlalu fokus terhadap perkara yang negatif.

Saya tertanya juga mengapa saudara Azwanddin menimbulkan perkara ini sekarang dan tidak pada tahun yang lepas.

Mari kita sama-sama lihat kemungkinan beliau juga beratur untuk bersalam-salaman dengan perdana menteri pada hari pertama Syawal di Seri Perdana, dengan harapan agar perdana menteri bermurah hati kepada beliau.

Sebelum saya akhiri, mungkin saudara Azwanddin juga harus personal bagaimana Riza Aziz memperoleh berjuta-juta ringgit untuk menerbitkan filem Hollywood dan juga membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta, pada umur yang sangat muda dan tidak pula berada di senarai terkaya Forbes. - TMI

4 comments:

  1. REZA AZIZ

    Siapa REZA AZIZ ini???

    Ada bela JIN ke tetiba kaya raya????

    Kepala Otak !!!!!

    Lahanat mentedrah harta Rakyat Jugak

    Budak Bahalol kan....

    ReplyDelete
  2. Jangan suka laknatkan oramg lain.

    ReplyDelete
  3. anti melayu HIPOKRITJuly 16, 2015 at 3:07 PM

    Azwanddin .. @ jim .. kalau bolih KULUM @ JILAT SAMPAI HABIS .. BAKA SELFISH .. AZWANDDIN..

    ReplyDelete
  4. betul kata mamat jmm ni
    kalau nak tau 10 kali ganda mahadey kutty dan anaknya jadi penyangak selama 21 tahun berbanding reza...kau kiralah sendiri...
    ...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa