Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

Politik, politik juga.......tembolok pun nak dipenuhi jugakan?

PAS perlu batal tahaluf siyasi secara total
Posted on Monday, July 13 @ 05:59:05 MYT by paktam
PAS perlu melaksanakan secara total pembatalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP, dan memastikan semua anggotanya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang meletakkan jawatan, kata penganalisis politik.

Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata jika ini tidak dilaksanakan, ia menggambarkan parti itu seperti tiada ketegasan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan menimbulkan persoalan terhadap keputusan tersebut.

”Saya melihat keputusan itu agak pelik kerana Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan pembatalan hubungan dengan DAP tetapi ahli PAS masih memegang jawatan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jika mereka (PAS) benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan DAP, sepatutnya mereka melaksanakannya secara total di mana mereka perlu menarik diri daripada sebarang jawatan kerajaan negeri di kedua-dua negeri itu," katanya hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama parti itu membuat ketetapan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP ekoran tindakan provokasi berterusan, melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta mencampuri soal akidah, dasar dan matlamat PAS.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini  dilaporkan berkata, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan untuk anggota parti yang sedang berkhidmat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan itu.

Dr Ahmad Martadha berkata tindakan anggota PAS kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menimbulkan kecelaruan tentang maksud sebenar mengenai tindakan PAS memutuskan hubungan itu.

“Mereka dilihat masih mahukan jawatan itu. Saya rasa tindakan PAS memutus hubungan dengan DAP hanya di atas kertas tetapi tidak secara praktikal dan tidak melambangkan apa sebenarnya yang diungkap mereka," katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali pula berpendapat tindakan PAS putus hubungan dengan DAP ini hanya bersifat sementara kerana isu hudud.

" Tetapi saya yakin mereka akan bersatu kembali untuk pilihan raya umum ke-14 kerana jika tidak bersatu mereka tidak akan berjaya untuk ke Putrajaya," katanya.

Untuk itu, anggota PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak akan meletak jawatan masing-masing, kata Mohd Fuad.

Katanya, pemimpin utama kedua-dua negeri itu iaitu Lim Guan Eng daripada DAP dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR juga tidak akan memecat anggota PAS bagi menjaga persepsi negatif masyarakat terhadap parti masing-masing.

"Saya rasa mereka (PKR dan DAP) serba salah dalam isu jawatan ini kerana mereka tidak boleh pecat anggota PAS kerana PAS merupakan aset kepada mereka dan akan memberikan impak negatif sekiranya anggota PAS itu dipecat," katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pembatalan kerjasama politik itu tidak bererti terputus segala hubungan kemanusiaan dengan DAP.

"Hubungan tolong-menolong atas dasar kebajikan dan taqwa...serta hubungan kerja melibatkan kerajaan negeri yang diperintah secara bersama (diteruskan)," katanya. – Bernama,

4 comments:

  1. Abe.
    Gapo yg at taKiri royat perenggan akhir tu.hihihi.
    Senang sungguh firman2 sabdaan2 ijtihad ijmak2 qias2 digunapakai bila tang syok taliperut sendiri.
    Tang org lain semuanya sabdaa firmanan ijtihad ijmak qias haram munafiq jebon bla bla bla..

    Mana laaa airmuka diaorg ni nak letak.
    Tak taw malu langsung.
    Jd bahan lawak.
    Tlg laaaa.jgn jatuhkan martabat diri dan agama.

    ReplyDelete
  2. SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
    1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
    2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
    3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
    4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
    5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
    6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
    KESIMPULAN
    1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
    2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
    4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

    utuhkabin

    ReplyDelete
  3. As Salaam
    Bercelaru sangat pemikiran pemimpin PAScai nih......
    Dah putus TAHALUF SIASI....
    Tapi JAWATAN nak pegang lagi.....
    Takut sangat TEMBOLOK tak berisi....
    Tak takut ke PAScai jadi ala-ala MUNAFIK HARAKI.....

    ReplyDelete
  4. PAS di tubuh sejak dulu kali tuk jaja jaja agama tuk cari makan. Itu Fakta !!!!!

    Orang orang Melayu yang malas ber fikir dan malas ber kerja kuat akan membuat keputusan bidoh mereka dengan kata " dah tAkdir Allah kita masok PAS" tuk jadi bahalol

    Di zaman batu sekarang ini , PAS jaja jaja perkataan Arab Bahalol Basi yang sendiri tak di fahami oleh orang orang PAS

    Yang jelas , lagi mudah rakyat keliru lagi senang PAS dapat SORUU

    Kepala Otak !!!!!!

    Jika PAS berhenti jaja jaja Arab Bahalol Basi dan keluar Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang , macam mana pulak ketua ketua nak dapat SORUU....???

    Kerja mudah SORUU besar itu REZEKInkata nya , walhal sebenar adalah PENIPUAN.

    Hukum Allah SWT dinpermain sesuka hati PAS ikut bahasa Arab TAHALUF SIYASI

    Yang pasti TIADA NILAI EKONOMI

    Siapa tipu siapa , bila sudah KIOK sendiri jawab lah..... Serban Kopiah pon REPUT bila masok KUBOR

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa