Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

Isu ni aku tanak komen, Nik Aziz tu bapak dia!

Kalau Nik Aziz masih ada korang fikir perkara ini akan berlaku tak?

PAS Putus Kerjasama Dengan DAP Selaras Kehendak Nik Aziz
Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 9:51 PM

KOTA BARU: Tindakan PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah satu keputusan yang betul dan selaras dengan kehendak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS pernah menyatakan pandangan akhir di mana jika ingin berpecah biarlah DAP yang memulakannya terlebih dahulu.
"Dia pesan kepada saya jangan berpecah dengan DAP sehingga DAP sendiri buat keputusan untuk kerat (putus) dengan PAS, harapannya kalau terpaksa berpecah biarlah DAP yang mulakan dahulu dan itu berlaku.
"Oleh itu, saya yakin apa yang saya pegang adalah pandangan saya dan pandangan bersama ayahanda sebab saya orang yang paling dekat dengan dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Selasa.
Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal namun pihaknya masih mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
Dalam perkembangan lain, Nik Mohamad Abduh berkata pihaknya akur sekiranya terdapat anggota PAS yang membuat keputusan untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) ataupun DAP.
"Yang telah buat keputusan untuk berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP.
"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata beliau yakin bahawa pimpinan baharu PAS ketika ini berupaya untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi parti itu dalam masa terdekat.
"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," katanya.
Pada Isnin, beberapa bekas pemimpin kanan PAS melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Pengerusi jawatankuasa penajanya, Mohamad Sabu berkata gerakan itu akan menjadi wadah bagi menyatukan semua parti politik di bawah naungan Pakatan Rakyat sebelum ini serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sealiran dengan ideologi mereka.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pemimpin yang berada dalam GHB sebenarnya takut kerana masih menjadi anggota PAS.
"Kalau betul nak tubuh parti baharu, letak lah jawatan dan keluar daripada PAS dahulu... baru orang yakin dengan tindakan mereka," katanya.
Beliau berkata dari sudut komposisi dan perjuangan GHB dan PKR hampir sama dan ia tidak akan memberi nilai tambah dalam pakatan pembangkang. - sumber

5 comments:

  1. Budak Bahalol.

    Zaman Bapak ada tak nak cakap.

    Bodoh lah

    Buat malu nama Arwah saja

    Kepala Otak !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau TGNA masih ada dah lama dah PAS putuskan hubungan dengan DAP, dulu masa BA kan TGNA ada, elok je hubungan dengan DAP putus. Syabas Nik Abduh, teruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh arwah TGNA.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan

    sebaiknya tuan komen jer perangai tak masuk akal si shy shy tiger tak reti mencakar ni.
    Tersampuk jin pil kuda kut.

    peribadi dan akhlak mulia AlmarhumTGNA tidak menjurus seperti yang disebut oleh budak ini.
    dia ni semakin merapu......


    mantibai

    ReplyDelete
  4. TAJUK PAKATAN BER-4
    Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
    Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
    Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
    Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

    Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

    Membangun Bersama Kepimpinan Cai

    ReplyDelete
  5. Abe.
    Biasanya hanya org yg tiada keyakinan diri dan pengecut shj suka berselindung di belakang org lain atau pun kaki putarrrrrr klas pertama.

    Senang cerita realiti alam melayu dari dulu lagi.
    1.jual nama soltan or raja.
    2.jual nama pembesar/pm tpm menteri
    3.jual nama ceo ketua2 dll.
    Sebab tak reti guna otak sendiri.
    Aku dah x larat berdpn dgn manusia sebegini.
    Mulut hidung letak nyorok kat celah punggung then bising2 kata soltan menteri ceo boss nak gini2.kah kah kah.

    Sekarng lg dasat bebudak n geng PAS neh.
    Nabi pon dijualjajanya.
    Dr sabdaan hingga mimpi pon dok jaja.
    Tak pernah pulak bukhari assyafie ghazali syatibi dll bgtau yg nabi dtg dlm mimpi suruh tulis wat gini gitu.ini sahih ini karut ini dhoif mungkar.
    Teringt kat arahan seseorg tu kpd peguam groupnya.almarhum dah tiada
    (Smga Allah ampuninya)Nabi suruh saman

    Ade sorg tu yg perasan ulamak la sgt.nama umar r.a pon jual.alahai...siap sentuh2 lg.syahdunyeee.
    X lama lg ade laa plak jual mimpi almarhum nik aziz suruh ludah geng GHB terutama mat sabu n khalid samad kih kih.

    Kesian.naif benar.tp ada hati nak jadi pemimpin terhebat.ahli politik tong drum kosong tol
    Lepas ni tukar la nama.Parti Islam semimpi malaysia.kalo di pahang kena tambah sket.solat hajat n doa bala org yg x sekepala dgnnya.
    Hairan aku cmana org dlm PAS bole senaif ini lepalahotaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa