Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 14, 2015

‘Reaksi-melampau’ media sosial menjadikan panas?

‘Reaksi-melampau’ media sosial kepada kekecohan Plaza Low Yat 
07:30PM Jul 13 2015
oleh V Shuman

KOMEN:  “Bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlainan arah”- itu ialah hukum ketiga gerakan Sir Isaac Newton.
Dalam zaman Facebook, Twitter dan blog, anda perlu menambah baris ketiga di hujung hukum tersebut- “ditambah dengan reaksi-melampau media sosial.”
Itu antara kata-kata yang saya temui dalam internet, dan tiada kata-kata lain yang boleh merumuskan dengan lebih baik kejadian yang berlaku kini.
Terus kepada pokok persoalan, kekecohan yang timbul disebabkan oleh kejadian terbaru di Bukit Bintang.
Mari kita nilai laporan rasmi (menurut versi polis): Sekumpulan pemuda pergi ke kedai telefon bimbit berpura-pura berminat untuk membeli, tetapi salah seorang daripada mereka melarikan telefon tersebut ketika penjual melakukan kerja lain.
Penyangak ini ditangkap apabila dia cuba melarikan diri daripada tempat kejadian dan diserahkan kepada polis.
Sebagai balasan, kawan si penyangak tersebut memanggil kawan-kawannya untuk membalas dendam kerana kawan mereka ditahan.
Beberapa orang penyangak lain datang ke Plaza Low Yat di Bukit Bintang, di mana kejadian tersebut berlaku, merosakkan kedai tempat pekerja yang menangkap kawan mereka, dan memukul beberapa orang.
Menjelang malam Ahad, sekelompok orang ramai mula berkumpul di beberapa bahagian di ibu kota, menyebabkan polis terpaksa menutup kawasan-kawasan tersebut.
Lima orang, termasuk jurugambar media, juga telah dipukul oleh kelompok yang merusuh itu.
Polis sehingga kini telah menahan tiga orang.
Itulah yang berlaku, menurut polis, yang juga berkata yang suspek dan kawan-kawannya berada di bawah pengaruh dadah sewaktu mereka pergi ke kompleks membeli-belah tersebut.
Sekarang kita lihat pula apa yang diperkatakan oleh sosial media.
Seorang pekerja berbangsa Cina memukul seorang remaja Melayu yang tidak gembira kerana diberikan telefon tiruan dan disebabkan itu, memanggil kawan-kawannya untuk membalas dendam.
Selepas beberapa tumbukan dan sepakan berlaku, kita dikejutkan dengan andaian bahawa satu lagi rusuhan kaum 13 Mei boleh berlaku.
Jika anda seorang yang berfikiran waras, anda tidak akan menemui masalah perkauman berlaku disini.
Jika anda percayakan teori konspirasi, anda akan percaya apa sahaja yang blog dan mesej WhatsApp yang tersebar dan merasakan ia soal kaum dan agama.
Sehingga kini, kita menyaksikan video yang tersebar dalam internet, menunjukkan pergaduhan antara dua kumpulan, malah salah satu video menunjukkan suspek mencuri telefon tersebut dari sebuah kedai.
Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki sedang memberikan ucapan berbaur perkauman di luar Plaza Low Yat pada malam Ahad.
Dia mendesak keadilan ditegakkan, untuk mempertahankan “maruah remaja Melayu” dan mengucapkan kata-kata seperti “Tanah orang Melayu.”
Lelaki tersebut ialah Ali Tinju, bekas tentera yang sebelum ini pernah melakukan senaman punggung di hadapan rumah pejuang hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan.
Lelaki ini ialah bekas ahli Umno dan dikaitkan dengan Pekida, kumpulan Melayu-Islam yang berhubung rapat dengan Umno.
Cuba Google namanya dan anda akan lihat hasil carian, antaranya sebuah gambar dia mencium tangan “Wanita Pertama Malaysia”.
Walaupun ada bukti kukuh, sudah wujud desakan untuk memboikot Plaza Low Yat dan perniagaan dimiliki orang Cina di media sosial.
Mungkin inilah sebabnya polis memberikan amaran akan menggunakan Akta Hasutan untuk menangani pergaduhan Low Yat, selepas beberapa pihak menggunakan isu perkauman menyentuh kejadian tersebut.
Perlu juga dinyatakan, semua kejadian ini nampaknya timbul pada masa yang tepat untuk mengalihkan perhatian negara daripada laporan Wall Street Journal dan kekecohan “RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun seorang suri rumah”.
Satu andaian sahaja.
Campak sahaja jampi kaum dan agama dan semua perkara lain akan dilupakan.
Juga, mengapa polis tidak bertindak pantas untuk menghalang perusuh yang ramai itu daripada berkumpul pada hari Ahad?
Lagipun, mesej WhatsApp menggesa perhimpunan diadakan untuk melindungi hak orang Melayu sudah tersebar sejak petang Sabtu, kan?
Adakah polis hanya mampu mengawal Twitter dan Facebook?
Malah dikhabarkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digerakkan ke sana sehinggalah lewat malam hari Ahad. Mengapakah perkara itu berlaku?
Sekiranya mereka berada disitu, kekecohan boleh dielakkan dan lima orang itu tidak akan dicederakan?
Ini sangat berbeza dengan situasi perhimpunan atau perarakan yang dianjurkan oleh pembangkang, di mana FRU sudah bersiap sejak awal dan bersedia berdepan dengan apa sahaja kemungkinan.
Kita kena terima kenyataan, kejadian itu ialah kes mencuri, dan memberikan tindak balas yang bersesuaian. Malah jika suspek itu mencuri daripada kedai orang Melayu pun, dia tetap akan ditahan dan diserahkan kepada polis.
Pergaduhan itu tiada kaitan dengan kaum dan agama.
Sudah dikatakan sebelum ini banyak kali, tetapi masih wajar diulang kembali: “Jangan percaya semua yang anda baca atau lihat di media sosial dan internet.”
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

2 comments:

  1. Nak buat macam mana lagi, minda kebanyakan orang melayu memang bingai setaraf dgn pemimpin-pemimpin UMNO yg memang tebal dlm isu perkauman. Mereka bukan ada perasaan malu, boleh buat selamba rock saja mencuri sama ada kecil mahupun berbilion ringgit nilainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi malang puak ni bersama2 mempertahan pencuri kecil mahupun besar atas ketuanan bangsa. Aku melayu namun aku cukup malu dengan perbuatan jenayah bangsa aku malah tersangat malu dengan kelakuan bangsa aku yang lain mempertahankan jenayah yang dilakukan oleh mereka itu.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa