ISNIN, 13 JULAI 2015 @ 10:03 PM
Rozana Misbun. - Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai perubatan dari Hospital Ampang memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini bahawa isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya.
Dr Siti Farah Mazalan berkata, Rozana, 37, disahkan mengalami kedua-dua kecederaan itu selepas melalui beberapa pemeriksaan x-ray di hospital itu pada 18 Jun tahun lepas."Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.
Beliau turut merujuk Rozana kepada doktor pakar hidung, telinga dan tekak dan pakar surgeri yang kemudiannya mengesahkan kedua-dua kecederaan itu.
Dr Siti Farah yang menamatkan perkhidmatannya di hospital itu Mei lepas, memberitahu mahkamah mengenai perkara itu berdasarkan laporan perubatan milik Rozana yang disiapkannya pada 2 Ogos tahun lepas.
"Dalam laporan perubatan itu, saya juga mencatatkan sejarah sakit yang diberitahu oleh Rozana dan mengesahkan bahawa dia mengalami sindrom dakwaan isteri dipukul suami," jelasnya.
Laporan perubatan itu turut mengesahkan hasil daripada pemeriksaan fizikal ke atas Rozana, isteri Awie itu mengalami lebam lama berwarna kekuningan di bahagian lengan kiri, namun tiada kesan kecederaan dilaporkan di bahagian telinga kirinya.
Merujuk kepada patah di hidung dan tulang rusuk kiri Rozana, Dr Siti Farah, saksi kelima pendakwaan itu tidak menafikan kecederaan itu boleh berpunca daripada pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki.
Pada 4 Julai lepas, Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, Dr Siti Farah berkata beliau tidak dapat memberitahu mahkamah secara jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana.
Doktor itu juga tidak dapat memastikan bila berlakunya patah itu dan adakah kecederaan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja. Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung pada 30 November dan 1 Disember depan. - BERNAMA
# Aku teringat nasihat dari Abang aku, katanya "Kalau kamu menyumpah seranah atau tampar tendang bini, malam nanti kamu tak ada rasa malukah untuk memeluk dan mendakapnya?"
Jika hendak menggunapakai kaedah Hadi, untuk membuat tuduhan maka penuduh perlu mengadakan saksi. Jika tanpa saksi adil begitu, sepatutnya kes ini boleh dibuang, untuk kepastian pergilah tanya pada tuang presideng pil kuda itu. Ada akai ka???
ReplyDeleteBukan kaedah Hadi tapi kaedah Islam, cuma di dalam Islam doktor yang membuat pemeriksaan boleh jadi saksi, malah di dalam kes kewangan akauntan yang bertauliah yang ditugaskan menyiasat boleh jadi saksi di dalam penyelewengan. Di dalam kes zina/liwat sahaja yang perlu 4 orang saksi yang benar2 melihat perbuatan tu... di dalam kes lain adalah 2 saksi sahaja.
DeleteSebenarnya dalam kes Hadi ni dia macam ketam tua ajar cucu ketam berjalan betul... tu sebabnya orang kerek sikit kat dia, ilmu dia betul cuma praktikalnya hancur.
Adalah lebih baik pakai kaedah arun jin iaitu hukum lojik.Apakah lojik mengasari jika malam nanti nak didakap pula? Apakah melakukan pekara mungkar perlu lagi pikiaq hukum lojik atau tidak?
DeleteLAGI SATU BACUL
ReplyDeleteBACUL TAK AKAN HABIS DARI TANAH MELAYU KOT
DAH ENTOT DI PUKUL PUKUL PULAK, PUKUL LAH POKOK KELAPA DENGAN KEPALA SENDIRI KALAU NAK JADI LELAKI
BAHALOL
Ini bila makan bebende kotor jadi darah daging.
Apa pon nasib baik tak di KABOMMMMMM.......
Teringat pulak budak BACUL lagi satu lagi....
Kepala Otak !!!!!!!!!!
Punya banyak lagu cinta.... rupanya cuma teori cinta, bila praktik hancur sama hancur dengan ketam tua.
DeleteAwie...penyanyi rock tua yang sudah ditelan dek zaman...dah tua...rambut masih panjang diwarnakan merah lagi...dah x relevan lagi dalam dunia seni suara...adakah dia sedar zamannya dah berlalu?...lebih baik duduk kampung tanam jagung aje...
ReplyDelete