Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 10, 2015

Tuan Hadi, BERUNDURLAH demi kebaikan Pas

Khamis, 09 Julai 2015 16:44
Oleh Mohd Sayuti Omar
Tuan surat saya bahagian yang ke-4 ini adalah surat panjang Ramadhan terakhir buat Tuan. Sebagai mengakhiri surat ini saya dengan sukacita dan penuh insaf setelah meneliti dan mengkaji segala perkembangan mutakhir dalam PAS, mencadangkan agar Tuan berundur daripada memimpin PAS. Usah prejudis dengan cadangan dan gesaan ini. Ia dibuat untuk kemaslahatan semua.
Saya jamin Tuan kalau Tuan mengambil tanggungjawab dan amanah ini Tuan tidak akan dipaluti dosa bahkan Tuan akan dialu-alu dan disanjung tinggi.
Sesuatu yang Tuan kena sedar dan insaf kemenangan besar yang diraih dalam muktmar lalu bukan lesen untuk Tuan terus berada di situ. Megah untuk jadi presiden. Kemenangan itu bukan segala-galanya. Tuan pun tahu kemenangan itu bukan dibuat seccara adil dan tepat berdasarkan pencapaian dan keupayaan (prestasi) Tuan sebagai presiden PAS selama ini. Dalam erti kata lain kemenangan itu bukan suatu pengikhtirafan tulen atas kemampuan Tuan.
Pengangkatan Tuan ialah kerana rasa taksub dan takjub ahli kepada Tuan oleh ahli yang sudah diternak dengan diberika makanan dan umpan subur bernama Islam yang Tuan tafsirkan. Tuan sendiri tanpa disedari telah dijadikan modal dan alat oleh golongan yang ingin menguasai PAS, membawa PAS kepada hala tersendiri yang telah dirancangkan demikian rupa.
Sebenarnya Tuan telah dijadikan bahan komoditi oleh sebahagian mereka dengan tujuan-tujuan tertentu. Ia dibuat bukan secara iklas dan diukur dengan kemampuan sebenar jauh sekali untuk menghidupkan PAS yang sudah berjaya membentuk identitinya sendiri dalam persada politik negara di mata rakyat Malaysia dan diyakini menjadi parti masa depan.
Tuan juga terulik dengan pujian yang sama sekali bukan tidak sepatutnya Tuan terima. Sebagai contohnya, penyanjungan Tuan yang dilantik sebagai Timbalan Peresiden Ulama sedunia, hanyalah sebuah nyanyian sahaja. Saya yakin mereka yang tulus dalam membuat penilaian ini dapat mengukur bandingkan Tuan dengan mereka yang lain. Jadi perlantikan itu bukan berdasarkan wibawa Tuan, tetapi kerana wibawa organisasi yang Tuan kepalai, iaitu PAS. Ia adalah dua perkara berbeza.
Hakikat yang ada bukan seperti apa yang digemakan. Tuan hanyalah tin kosong yang kuat dibunyikan tetapi di dalamnya, tidak ada apa-apa. Bolehkah Tuan lena dengan dodoian dan lagu ulik mayang atau puteri beradu seperti mana dinyanyikan sang ibu kepada anaknya untuk menidurkan si anak. Tahukah Tuan bahawa sang ibu mendendangkan lagu-lagu tradisi itu untuk anak lena agar mereka (ibubapa) boleh melakukan kerja lain yang asyik?
Begitu jugalah dengan Tuan dalam PAS telah dijadikan perkakas dan didodoikan sedemikian merdu dan mendayu agar Tuan lali, tertidur dan lupa kepada hakikat diri selaku khalifah sebenar yang dituntut Allah. Khalifah memimpin manusia dan meletasrikan alamnya bukan memecah mecil dan mengkhianti alam yang indah ini. Tuan juga banyak dituba dengan ratib puji-pujian oleh orang-orang yang ingin menumpangkan tuan yang ada kepada Tuan untuk kepentingan diri sendiri. Silapnya Tuan disini Tuan tidak memerhati serta memahami perangkap samar itu.
Permintaan saya ini bukan wewenang. Saya ada asas kenapa meminta Tuan berundur scara terhormat. Tuan harus menginsafi beberapa kerosakan besar PAS muasir ini berlaku gara-gara Tuan. Bukan maksud saya sengaja mahu memburukkan Tuan, tetapi perubahan pegangan dan pendekatan politik Tuan yang tidak konsisten menjadi penyebabnya. Tuhan menganjurkan ahli beristiqamah dengan perjuangan Tuan sendiri tidak istiqamah dengan kata-kata Tuan sendiri.
Tuan juga terlalu sombong dan "agah" dengan pandangan sendiri dan tidak menghormati idea orang lain. Perasaan keagamaan yang tinggi yang ada kepada Tuan menyebabkan Tuan mudah berasakan orang lain jahil. Sikap inilah merupakan satu kesilapan dan dosa besar kepada kesejahtraan PAS lantaran Tuan. Tuan perlu sedar Tuan sudah menjadi liabiliti kepada PAS.
Ternatijah dari itu menyebabkan Tuan sudah hilang aura yang besar dalam PAS. Tuan sudah hilang kepercayaan oleh sebahagian ahli yang lain walaupun Tuan dipuja dan dikultuskan sebagai wali oleh yang sebahagian yang lain. Malang lagi Tuan dicemuh dan dikutuk oleh umum. Tuan kena sedar, Tuan tidak boleh mengakui memiliki sebutir nyiur kalau hanya sebelah sahaja ditangan Tuan dan sebelah lagi ditangan orang lain. Nyiur sebutir itu dikatakan nyiur apabila ia sempurna dalam kebulatannya.
Apa yang berlaku sekarang ini dimana hampir separuh bekas pimpinan PAS menentang Tuan dan memprotes dengan bercadang untuk menubuhkan parti baharu. Kemusnahan perpaduan PAS ini Tuan kena bertanggungjawab, dan bukan boleh menolak dengan anggapan ia adalah takdir dan membuat perumpaman-perumpaan Pandir. Rasa tanggungjawab Tuan sebagai pemimpin perlu ada. Kalau sebelum ini Tuan meminta anggota kerajaan bertanggungjawab atas sesuatu yang berlaku, nah kini desakan itu harus ada dalam diri Tuan sendiri, Tuan perlu mendesak Tuan sendiri agar bertanggungjawab ke atas nasib yang menimpa PAS.
Untuk ini Tuan harus bertindak lebih bijak dan tidak mengikut "erel" ahli yang kecewa itu. Di sinilah peranan pemimpin berusaha mengembalikan perpaduan dan keharmonian. Di sinilah perlu pentingnya ilmu diplomasi dan ilmu hubungan kemanusiaan dalam bertindak. Seorang pemimpin itu jaya atau tidak akan dilihat kepada keupayaan untuk menguatkan parti bukan memecahkannya. Dalam konteks agama pula sejauh mana ia mampu menjadikan wadah yang dipanggungnya membawa Rahamtanlialamin.
Dalam pada itu untuk adil saya memberi kata dua (ultimate) kepada Tuan untuk dijadikan alasan Tuan berundur. Pertama ialah sekiranya Tuan gagal untuk merealisasikan hasrat Tuan menyatukan PAS dengan UMNO. Kedua ialah, sekiranya parti baharu terbentuk selepas raya ini.
Tuan tidak boleh sembunyikan hasrat dan keinginan Tuan untuk menyatukan PAS dengan UMNO atas alasan untuk survive Melayu dan Islam itu. Tuan tidak boleh menafikan hal ini. Kenyataan dan tindak tanduk Tuan membawa ke arah itu. Tidak menjadi kesalahan pun kalau Tuan ada fikiran ke arah itu. Ini juga merupakan satu upaya dan kuasa yang ada kepada seorang presiden. Tuan kena buktikan dan laksanakan secepat mungkin. Bukankah Tuan sudah menanam terlalu dalam benih itu dalam jiwa Tuan. UG? Tuan tidak perlu berdolak dalik.
Sekiranya hasrat ini gagal dan menemui kehancuran maka wajarlah Tuan berundur sebagai mengambil tanggungjawab. Jadi presiden bukan sekadar untuk dipanggil presiden tetapi yang penting menunjukkan karismatiknya.
Begitu juga sekiranya wujud parti baharu yang sedang diura-urakan ini, Tuan harus bertanggungjawsab. Kewujudan itu kerana kegagalan Tuan memulihkan kembali semangat ukhwah Islamiyah dalam PAS selepas bermuktamar. Kebijaksanaan Tuan diuji dalam hal ini. Tuan sekali lagi tidak boleh berkata, ia adalah takdir. Takdir itu sendiri boleh diterima setelah kita berusaha mengatasinya. Apakah Tuan telah berusaha?
Sekiranya kewujudan parti baharu itu menjadi kenyataan tidak ada helah bagi Tuan melainkan kena berundur. Jadi di sini dua alasan saya kemukakan untuk Tuan berundur.
Saya melihat PAS masih ada waktu tersisa untuk dipulihkan seterus menjadi sebuah parti yang dihormati kalau Tuan berundur. Dan orang yang boleh diserahkan tanggungjawab ini tidak lain dan tidak bukan timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Melihat kepada gaya, perwatakan dan pendekatan politik diambil Tuan Ibrahim, (menerusi kenyataan dan seruan akhbar) menunjukkan keyakinan beliau boleh memulihkan PAS berbanding dengan Tuan.
Pendekatan Tuan Ibrahim dilihat lemah lembut dalam tindakannya walaupun dia nampak tipis dengan pengalaman politik dan belum matang politik. Tetapi perwatakan dan sikap sedikit terbukanya menjadi modal untuk dia memimpin PAS. Sekiranya dia dipandu dengan cara teratur dan diberikan peluang Tuan Ibrahim boleh membentukan arca dalam serpihan cermin diri Tokguru.
Justeru demi masa depan PAS agar ia terus dihormati kemudian menjadi parti hebat, Tuan serahkan tanggungjawab itu kepada Tuan Ibrahim secepat mungkin.
Tuan tidak perlu menyesal dan rasa terhina kalau mengambil tanggungjawab itu. Bahkan Tuan akan disanjung dan dipuja lebih hebat dari itu sebagai seorang pemimpin yang meletakkan parti mendahului daripada ego diri. Tuan akan dicatat sebagai rekod seorang lagi bekas presiden PAS seperti Yusuf Rawa, yang melepaskan jawatan kepada Fadzil Noor.
Akhirnya, saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada Tuan semoga Tuan dan kita semua berada dalam keredhaan Allah s.w.t., mesikpun tanpa berkerjasama dengan UMNO. 

4 comments:

  1. Sama ada Hadi melepaskan jawatan presiden PAS atau tidak, imej PAS mustahil dapat dipulihkan kembali. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Mana nak letak jawatan

    Ahli pas masih mahukan saya .. Sy tk nk kesewakan mereka nih

    Walau saya ni nyanyuk dgn pil.kuda.... Mkn telur penyu ... Maki Anwar .... Maki dap.... Maki jijah perempuan tk layak...

    Saya masih belum tolol dan masih bukan munafik bukan ajar org amalan sesat

    Saya nak ganti Najib jadi PM! Jadi mb ganung!

    ReplyDelete
  3. CERITA CERITA AL TOLOL HANYA MEMBUAT RAKYAT TOLOL DAN PAPA KEDANA

    Jangan cerita pasal Al TOLOL yang GAGAL jadi Manusia

    Kesian orang orang UNDI yang juga sudah TOLOL

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn anom 09.51 am... Imej pas dah rosak baik dikalangan muslim maupun non muslim.. Aku suka pas dulu sbb tingginya toleransi dan sifat ingin mengajar masyarakat serta membimbing masayarakat kejalan yg lebih baik.. Tetapi sekrg geng ustaz ni sombong jumud dan tidak terbuak.. Merka sempit akibat ilmu yg ada dipikir ilmu itu cukup byk dan tinggi memandang remeh orang lain.. Walaupun xsemua tetapi ustaz yg baru skrg bukannya generasi alquraan.. Akhlak mereka dah lari teaching of islam... Sudah samapai professional islam mengambil alih serta keluar dan kelompak yg buat onar serta membusuk pas ni... Semuga parti baru lebih baik dan sy bersedia bersama mereka dlm terus memperjuang islam di malaysia serta membimbing masyarakat malaysia ke arah yg lebih sejahtera dan di redhai Allah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa