Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 16, 2015

Siapa sebenarnya di belakang CAGM?

Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
KUALA LUMPUR: Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.

Baru-baru ini, CAGM mendakwa AmBank memberhentikan kakitangan yang mendedahkan pemindahan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

AmBank dalam satu kenyataan hari ini berkata identiti sebenar pengerusi CAGM Md Zainal Abidin akan turut disiasat supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Tindakan juga akan diambil kepada kumpulan itu dan mereka yang menjadi dalang penipuan itu yang disifatkan berbaur fitnah dan berniat jahat.

"Kami teruskan penyiasatan dan inkuiri ke atas CAGM dan pengerusinya Md Zainal Abidin bagi memastikan identiti sebenar mereka di belakang penipuan itu.

"Apabila identiti dan motif mereka dikenal pasti, kami akan mengambil tindakan di bawah undang-undang," kata kenyataan AmBank.

"Tanpa mengira motif di balik penipuan, kenyataan 12 dan 14 Julai 2015 mengandungi kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap Kumpulan AmBank, pengerusi dan kakitangan."

AmBank berkata penerbitan semula kenyataan CAGM di media memberikan perhatian tidak wajar dan tarikan kepada undang-undang yang melindungi kerahsiaan pelanggan.

"Kami berasa kurang senang CAGM kini mengaku yang ini adalah penipuan kepada media dan tidak kepada kami.

"Kumpulan AmBank terikat dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Kewangan Islam 2013. Kedua-dua akta itu serius melindungi kerahsiaan pelanggan.

"Kami bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa secara terbuka dan telus, ia akan diteruskan," katanya.

Semalam, CAGM mengeluarkan kenyataan mendakwa terdapat akuan bersumpah (CD) seorang kakitangan AmBank yang dipecat kerana mahu melaporkan kepada Bank Negara mengenai pemindahan wang melebihi had yang dibenarkan ke akaun peribadi Najib di bank itu.

Beberapa portal berita melaporkan dakwaan yang dibuat oleh CAGM itu.

Namun, beberapa jam selepas itu, CAGM membuat kenyataan bahawa semuanya "hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia."

Blog itu juga menyatakan tiada peguam bernama Md Zainal Abidin yang menandatangani kenyataan media pada Ahad lalu dan mendakwa sebagai ahli CAGM.

"Tidak ada lebih 2,000 ahli CAGM dan kami tidak ada jutaan ringgit dalam akaun untuk diberikan kepada pemberi maklumat. Dan kami tidak ada SD yang melibatkan salah guna kewangan perdana menteri.

"CAGM hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia," kata kenyataan blog itu, dan mengakui SD itu hanya rekaan.

CAGM berkata, ia "hanya bertambah" kerana disokong pengarang yang enggan menyemak fakta dan mengejar laporan berita sensasi.

"Kami menjadi terkenal kerana pengarang mahu kami beritahu cerita yang boleh dijual," kata kenyataan blog itu.

Pada Mei, CAGM membuat tawaran berjumlah RM1 juta kepada mana-mana pihak yang berjaya mendedahkan kekayaan milik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, CAGM juga mengugut untuk menyaman Dr Mahathir kerana kerugian akibat rasuah dan pembaziran semasa zaman pentadbirannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa