Friday, October 14, 2016

Apa mustahaknya Minah brown ni nak jumpa PM?

Tiada temujanji: Peguam Anwar gagal jumpa PM
ATIRAH HASLI - 14 OKTOBER 2016 
Tiada temujanji: Peguam Anwar gagal jumpa PM Motley ditemui pemberita di pekarangan JPM, Putrajaya, hari ini

PUTRAJAYA - Penasihat Perundangan Antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberley Motley gagal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menurutnya, pertemuan itu sepatutnya diadakan bagi membincangkan pembebasan Anwar dan kepentingan kepada rakyat di negara ini.

Namun kegagalan Motley untuk mengatur temu janji saat akhir menyebabkan beliau gagal bertemu empat mata dengan pemimpin negara hari ini.

"Saya sudah hantar surat dua hari lepas (kelmarin) kepada pihak Najib dan mereka akui mereka terima surat saya.

"Saya ke sini hari ini untuk bertemu dengannya tetapi malangnya beliau (Najib) adalah seorang yang sibuk. Saya hormati masanya sebagai pemimpin negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas lebih sejam cuba bertemu dengan Najib di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Motley dilihat tiba di pekarangan JPM tepat jam 11 pagi untuk bertemu dengan Najib bagi membincangkan tentang pembebasan Anwar yang kini dipenjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Motley berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari pihak JPM untuk menetapkan tarikh temu janji dengan Najib.

"Saya harap dapat bertemu dengan beliau dan perkara ini dapat diselesaikan sebelum saya pulang ke Washington dalam masa dua minggu lagi," katanya lagi.

Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu dan diperintah menjalani hukuman penjara selama lima tahun bermula Februari tahun lalu.

* kalau benar-benar Mahkamah itu bebas tanpa campur tanmgan politik dan kuasa pentadbiran sebagaimana yang diwar-warkan, kenapa nak jumpa PM?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa