Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 9, 2016

Ape ke benda pulak........fitnah dari Mak Janda?

PENYEBARAN PALSU DAN FITNAH ATAS NAMA PARTI AMANAH NEGARA KAWASAN KETEREH  OLEH CYBERTROOPERS PAS YANG BERNAMA Hanisya Abdul Hamid DAN MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA ATAS PENYEBARAN TERSEBUT.

1)Merujuk kepada posting  Saudari Hanisya Abdul Hamid yang boleh diaksess https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1301072846578944&set=a.156353397717567.32771.100000287239945&type=3&theater bertarikh 04/10/2016 pada jam 9.37 pagi dengan membuat sebaran yang berunsur “FITNAH” dengan membuat posting serta kenyataan daripada pages Palsu Amanah Kawasan Ketereh berbunyi seperti berikut :  “PAN Rahmatan Lil 'Alamin mohon sumbangan minuman keras (arak) untuk orang-orang asli.

Bila dah kantoi terus buat edit dan tuduh yang tukang print screen sebagai memfitnah parti Islam generasi kedua yang paling Islamik dalam dunia, progresif, profesional, inklusif, peduli, amanah dan dipimpin barisan ulama luar biasa ilmu dan kebolehannya.

Nak mengaku khilaf jangan nak mimpi sebab ego terlampau tinggi tidak padan dengan prestasi dan imej parti.”..

2) Untuk makluman pihak ramai, Akaun Facebook Amanah Kawasan Ketereh tiada kaitan langsung dengan Parti Amanah Kawasan Ketereh. Pada masa jam ini, akaun facebook palsu Amanah KawasanKetereh telah ditutup atau diblock oleh orang ramai. Sebarang kenyataan daripada Parti Amanah Kawasan Ketereh boleh diaksess secara sah melalui link tersebut : https://www.facebook.com/Parti-Amanah-Negara-Kawasan-Ketereh-1084052324975820/.

3) Kepada orang ramai terutama penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu meneliti maklumat serta kesahihan yang diperolehi daripada mana-mana akaun facebook daripada Parti Amanah Negara sama ada di peringkat kawasan atau negeri. Hal ini disebabkan kebelakangan ini, terdapat pihak yang mencipta pelbagai akaun facebook palsu atas nama Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan bertujuan untuk memburukkan dan menjatuhkan imej Amanah. Di dalam politik konsep yang digunakan oleh pihak musuh dikenali sebagai “CHARACTER ASSASSINATION”.

4) Setiap maklumat yang diperolehi perlulah diselidik seperti dalam firman Allah s.w.t  dalam surah al –hujurat 6 :
يَأُيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيْبُوا قَومًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

5) Diharap saudari Hanisya Abdul Hamid boleh membuat kenyataan “MEMOHON MAAF” secara terbuka sama ada melalui facebook atau sebarang alat eletronik sekirannya saudari sedar atas  kenyataan posting yang dilakukan dengan berbentuk “FITNAH”  dan pihak kami berlapang dada atas fitnah yang dilakukan oleh pihak saudari. Dan jika saudari merasakan “FITNAH” yang dilakukan oleh saudari tidak salah daripada ajaran agama ISLAM dan tidak ingin memohon maaf hanya Allah s.w.t yang dapat membalas atas fitnah yang dilakukan oleh saudari..

Wallahu a’lam bish-shawabi.

MUHAMAMD RADZI BIN ISMAIL
Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kelantan
02.44 pagi
05/10/2016

* sebelum ni yang aku tahu dia ni pengikut setia Khalid Ibrahim mantan MB Selangor

1 comment:

  1. Dia(hanisya)placur politik.sapa byar dia akn buat krja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa