Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 9, 2016

Betul ka ni Chedet?

Berpuluh ribu sudah sertai Bersatu
FATIN ATHIRAH HASLI - 9 OKTOBER 2016
Berpuluh ribu sudah sertai Bersatu Mahathir pada temu bual, semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - Belum pun sampai sebulan Bersatu ditubuhkan, parti itu sudah pun menerima berpuluh ribu penyertaan ahli, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Semalam (kelmarin) sahaja di Pagoh, kita sudah menerima 3,500 borang keahlian Bersatu.

“Di tempat lain kita belum dapat kumpul lagi. Kami terima keahlian di merata tempat di seluruh Semenanjung dan saya yakin angka ini akan meningkat,” katanya.  

Mahathir berkata, pihaknya juga menerima sambutan keahlian luar biasa daripada bukan Bumiputera.

“Kita baru daftar parti tidak sampai sebulan, tetapi sudah berpuluh ribu penyertaan ahli kami terima.

“Kami juga menerima sambutan keahlian daripada bukan Bumiputera. Paling banyak yang kami terima adalah dari golongan anak muda,” katanya.

# Yang nampak hanyat hanya di Johor, berapa cawangan dah tumbuh?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa