Sunday, October 2, 2016

DAP jangan cakap banyak, orang UMNO buat apa pun tak apa!

Penyokong BERSIH, Baju Merah bertempur di Teluk Intan
Geraldine Tong -  1 Okt 2016, 10:24 malam
 
 
Kumpulan Baju Merah dan penyokong BERSIH bertempur buat kali pertama di Teluk Intan hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Datuk Md Yunos cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.

Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis, yang berada di sana berkata mereka cuba berunding dengan Jamal kerana hanya mahu menuju ke Menara Condong untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jamal enggan berganjak dan tiba-tiba cuba merentap kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta Bersih.

"Dia menumbuk lelaki yang berada di tengah-tengah dan kemudian berlaku tolak menolak," katanya.

Beberapa peserta cedera semasa pergelutan itu tetapi tiada siapa mengalami sebarang kecederaan serius.

Kira-kira 60 penyokong Baju Merah dan 50 peserta BERSIH berada di sana, katanya.

Pengurus sekretariat BERSIH Mandeep Singh berkata peserta mereka berundur untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook BERSIH, polis yang telah bersiap sedia dilihat bergerak di antara kedua-dua kumpulan untuk meredakan keadaan.

Polis rusuhan juga dilihat hadir di lokasi itu.

ADUN Pasir Bedamar ADUN Terence Naidu, yang merupakan sebahagian daripada konvoi BERSIH, berkata beliau juga telah ditolak dalam kejadian itu.

Manakala ADUN Changkat Jong ADUN Mohd Azhar Jamaluddin juga dikatakan hadir ketika konfrontasi berkenaan walaupun tidak terjebak dalam pergelutan itu.

Selepas kejadian itu, konvoi BERSIH berpindah ke pejabat AMANAH di Teluk Intan dan meneruskan acara mereka membawa obor di sana, kata Mandeep.
Tambahnya, walaupun percubaan Jamal mengganggu konvoi berkenaan, mereka berjaya membawa mesej dari Lumut ke Teluk Intan.

"Walaupun apa sahaja keganasan, saya fikir dia telah gagal untuk menghalang kita," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua antara penyokong Baju Merah dan peserta konvoi BERSIH yang bergerak dari Lumut. Sebelum itu mereka didatangi sekumpulan 30 hingga 40 penyokong Baju Merah yang bermotosikal.

Geng Baju Merah berkenaan dikatakan telah mengekori konvoi terbabit, menarik bendera, menendang dan menumbuk cermin sisi kenderaan mereka.

Aman di Perlis

Sebaliknya, bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan yang bersama konvoi BERSIH di Perlis berkata mereka berbincang engan kumpulan Baju Merah di Arau secara aman.

"Terdapat kumpulan Baju Merah, kira-kira 40 daripada mereka, dan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Shahidan Kassim ada di sana bersama mereka.

"Malah, dia datang kepada kami dan juga berjabat tangan dengan kami, dan beliau secara berseloroh berkata, 'Sebaik sahaja anda semua keluar dari sini, jangan datang lagi," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.
Di Padang Besar, Perlis, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang juga sebahagian daripada peserta konvoi Bersih, dilihat bersalaman dengan beberapa penyokong Baju Merah '.

Konvoi BERSIH selama tujuh minggu itu dilancarkan serentak hari ini dari enam lokasi.

Konvoi itu akan menjelah seluruh 246 bandar, pekan dan kampung-kampung, dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sepanjang perjalanan.

Matlamatnya, menurut BERSIH adalah menerangkan mengenai isu-isu berkaitan syarikat pelaburan 1MDB dan gesaan untuk penyingkiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam gaya Sukan Olimpik, obor simbolik akan dibawa bersama-sama dengan konvoi berkenaan, sebelum mereka berhimpun pada 19 November ini di Kuala Lumpur.

Jamal telah mengumumkan bahawa Baju Merah akan mengadakan bantahan di setiap enam lokasi untuk menentang pelancaran konvoi berkenaan, serta satu lagi di Pulau Pinang bagi membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

ADUN DAP: Tangkap Jamal seperti dilakukan ke atas pembangkang
mk  -  1 Okt 2016, 11:10 malam
ADUN Kampung Tunku dari DAP Lau Weng San menggesa supaya Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos ditangkap serta merta.

Ini berikutan Jamal dan Gerakan Baju Merah hari ini bertempur dengan BERSIH di Teluk Intan selepas cuba merampas kain rentang mereka.

Lau berkata polis harus menyegerakan tindakan terhadap Jamal sepertimana dilakukan terhadap pembangkang.

"Ia adalah jelas bahawa orang-orang yang sengaja mencetuskan huru-hara dan kekacauan adalah Baju Merah yang diketuai oleh Jamal.

"Saya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan menangkap Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos seperti yang berlaku dalam siasatan berkaitan 'salah laku' pembangkang," kata Lau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis tidak boleh dilihat berat sebelah apabila melibatkan kes-kes individu dari parti pemerintah.

Beliau berkata sebelum pertempuran di Teluk Intan, sekumpulan penyokong Baju Merah yang bermotosikal juga telah menyerang konvoi BERSIH di Lumut.

Lau mengkritik polis kerana dikatakan tidak bertindak pantas ketika berada di tempat kejadian.


"Mereka (polis) dilihat terpaku dalam kedudukan mereka dan tidak mengambil tindakan pencegahan atau menahan sesiapa," katanya.

2 comments:

  1. PDRM ..pengecut..betani pd yg lemah..lembik dan mandul kpd penjenjenayah dan barua2...tak guns pilis..perlu rombak...pecat KPN BANGSAT...

    ReplyDelete
  2. Aku lahir dan besar di teluk anson.pekan kecik tapi aman dan banyak peluang untuk berbagai kaum cari makan.tapi hari ini orang teluk intan telah dimalukan oleh gangster dari luar..mana pegi kawan2 aku yang masih menetap disana? apakah korang juga telah dibeli.mana pegi budak2 ANSONIAN..tak kan la korang dah hilang semangat.sedih laaa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa