Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 9, 2016

Guan Eng ucap tahniah kepada Najib: Biasalah.......yang kurang cerdik senang diperangkap!

Guan Eng ucap tahniah kepada Najib berjaya perangkap Presiden PAS
9 Oktober 2016 
oleh Hafiz Zainuddin
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Hanya kerajaan yang gagal uruskan ekonomi dengan baik akan menggunakan sentimen agama dan kaum untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu sebenar yang melanda negara seperti rasuah dan salah guna kuasa.

Di samping itu, rakyat pula akan terus menjadi mangsa keadaan menanggung beban kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, perangkap perkauman dan agama bukan sahaja memesongkan tumpuan rakyat, tetapi juga telah menyebabkan runtuhnya Pakatan Rakyat apabila polemik hudud ditimbulkan.

“Saya puji Najib kali ini sebab beliau berjaya ‘dapatkan’ PAS ikut rentak Umno mainkan isu-isu kaum dan agama.

“Macam manalah dia (Najib) dapat pengaruhi Presiden PAS? Kalaulah PAS kerjasama dengan Umno,habislah PAS. Bukan sahaja akan hilang banyak kerusi, Kelantan pun akan hilang,” katanya dalam Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2016 sebentar tadi.

Beliau menjelaskan risiko kekalahan besar PAS itu telah pun diketahui umum, namun berasa hairan apabila Presiden PAS seolah-olah tidak menyedari risiko yang bakal dihadapi partinya itu.

Lebih memburukkan keadaan, media-media kawalan Umno terus menakut-nakutkan rakyat dengan hegemoni kaum apabila cuba mengaitkan DAP sebagai ‘chauvinis Cina’ yang mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Putrajaya.

Sedangkan, DAP bukanlah sebuah ‘parti Cina’ seperti yang dimomokkan dan hanya akan bertanding lebih kurang 50 kerusi dari 222 kerusi parlimen sahaja dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Mereka tuduh DAP nak jadi Perdana Menteri kalau menang. Macam mana nak jadi Perdana Menteri? DAP akan bertanding sekitar 50 kerusi dari 222 kerusi parlimen sahaja,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.


Bagaimana pun, ketika negara dan rakyat disibukkan dengan isu kaum dan agama, Guan Eng mengambil contoh usaha kerajaan Pulau Pinang pimpinannya yang menumpukan ke arah pembaikan ekonomi negeri dan rakyat.

“Kita buat kerja kita sendiri, kerja untuk bela rakyat.

“Jika pemimpin DAP makan wang sudah lama Pulau Pinang hancur.

“Malah kita berjaya membuat keuntungan tiap tahun. Bukan sahaja untung, kita juga berjaya kurangkan hutang kerajaan,” katanya lagi. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa