Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 8, 2016

Komen tuju khas untuk ahli Pas terutama Pas Johor

Assalamualaikum

Komen ini  saya  tuju khas untuk ahli Pas terutama Pas Johor....

Kes pasti Al-Ghazali adalah kes terpencil jika dikategorikan kes umum yang biasa...tapi bila melibatkan parti politik ianya menjadi ibarat kes bertaraf istimewa dan besar dikalangan ahli politik....

Kes sudah selesai dan disifatkan sebagai kes teladan sebab keputusan mahkamah tanpa sabit kesalahan dan selesai diluar....

Apa yang  saya  nak khabarkan....Pas telah isukan bahawa pihak yang didakwa iaitu Amanah telah kalah kes dan Pas telah mencapai kejayaan.....

Lagi teruk apabila pihak Pas terutama Pas Johor memanipulasi keputusan mahkamah dengan mengaitkan dengan hari pembalasan nanti....

Lihatlah kenyataan  YDP  Pas Sri Gading.....menerima keputusan adil mahkamah tapi masih menimbulkan bibit ketidak puas hati dengan menuntut pembalasan akhir nanti....

Pasti Al- Ghazali antara pasti yang popular di Johor.....itu pun atas usaha titik peluh pihak pengurusan lama yang didakwa....

Bukankah pihak lama sudah nego sebelum ditolak Pas dan di bawa ke mahkamah atas niat dan kepentiangan yang lain..... sebab tuntutannya tidak munasabah malah ada tuntutan yang menjadi bahan lawak..

Rupanya bukan Umno  sahaja  yang seperti raja lawak.....Pas juga sudah jadi maharaja lawak..

Pas yang mencanang membawa islam tapi  pendekatan menolak rundingan dan mencabar di mahkamah adalah jauh terpesong dari islam yang bersifat adil dan rahmatan lil alamin..

Pas bukan sahaja tidak menang malah membayar kos mahkamah..

Ini tindakan kebelakang Pas yang hanya menggunakan islam sebagai polemik semata...

Tiada teladan yang diambil malah merantaikan fitnah dan memburukkan imej islam dan mengeruhkan lagi keadaan..

Cukup lah dengan membawa pendekatan yang keras dalam budaya politik kita..

Jangan hanya dilihat cantik seperti keras tapi berkecai bila terjatuh..mencegah itu lebih baik dari merawat..

Saya  harap ahli Pas terutama Pas Johor.....ambillah iktibarnya dan tunjukkanlah rasa sabar....redha dan bersyukur kepadaNya.....

Sifat dendam....ego dan tiada maaf adalah amalan syaitan..

Allah kisahkan dalam Al-Quran bagaimana ego syaitan terhadap Nabi Adam juga tiada maaf lalu berdendam hingga dilaknat oleh Allah....

Menjadi seorang yang islam dan mendokong dasar islam adakah mahu menjadikan syaitan sebagai teman dan ikutan..... sedangkan mereka musuh  anda  yang nyata..

Kalam ini juga teguran terhadap dan semua....elakkan taksub atau ekstremis dalam beragama dan dakwah....

Santuni islam dan letakkan ditempatnya..biar berbeza pendapat dan ijtihad serta wadah tapi kita atas landasan dan cita-cita yang sama..

Allahu Akbar..sekian.

- Layar Impian

1 comment:

  1. Dia org ni sebenarnya dh cemas dgn kehadiran Amanah. Sbb itu kita lihat tindakkan dan ucapan2 mereka skrg ni banyak yg mengarut

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa