Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 9, 2016

Komitmen PAS tentang UMNO: Boleh caya ke ni? Kang belum apa u-turn pulak!

SABTU, 8 OKTOBER 2016 @ 3:59 PM 
Muhyiddin dakwa dapat komitmen PAS tentang UMNO, BN 
Oleh Badrul Kamal Zakaria 
badrulkamal@bh.com.my 
PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Mad Adib Saie 

MUAR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Beliau mendakwa mendapat pernyataan mengenai komitmen itu ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Kemaman, Terengganu, beberapa hari lalu.

Dakwanya, walaupun belum dapat bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pemimpin PAS itu menunjukkan tanda yang positif.

"Baru-baru ini, ketika saya menghadiri satu majlis di Kemaman, Terengganu, saya sempat berjumpa dengan beberapa pimpinan PAS dan satu pernyataan secara terbuka (yang didakwa dibuat oleh PAS) yang tidak mendapat laporan oleh media.

"PAS bersedia tumbangkan UMNO dan BN. Mereka kata tidak akan bekerjasama dengan UMNO dan BN. PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama dalam hal ini," dakwanya ketika berucap pada Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi. 

Yang turut hadir ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad: Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

1 comment:

  1. Jgn percaya dgn Pas. Ular berkepala 2 tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa