Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 14, 2016

Lawatan ke Hutan Simpan Kekal Balah: Kenapa Kerajaan Negeri sekat? Takut tembelang pecah?

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk
12 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Masyarakat Orang Asli membuat formasi “Help Us”(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.

Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.

Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang ‘orang luar’ masuk.

Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Malaysia bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.
Tinjauan melalui drone zon 50 meter dari pinggir sungai turut diceroboh oleh pembalak

Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa