Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 1, 2016

Masih ada lagi ke anggota PH yang tergila-gilakan PAS?

Tak payahlaa weh!
adakah boleh percaya PAS tidak akan buat u-turn sekiranya menang kerusi nanti                 sebagaimana  berlaku di Perak selepas PRU12 dulu?
Buat cemar PH di mata pengundi saja......
Jurang perbezaan yang ada pun diwujudkan oleh pemimpin PAS untuk tunjukkan               keangkuhan diri saja......bukannya menjadi prinsip pun
Kalau ianya prinsip takkan semasa arwah Nik Aziz ada wujud Tahaluf Siyasi dengan DAP dan PKR

Tewaskan BN, Muhyiddin berpotensi jadi ‘pengantara’ PAS-PH
Posted on Friday, September 30 @ 15:52:24 MYT by paktam
PETALING JAYA: Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam blok pembangkang mampu menjadi pengantara yang mengelak perlawanan 3 penjuru dengan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata pesuruhjaya PAS Selangor.

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga dilihat boleh menjadi penghubung di antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan.

Katanya, beliau tidak melihat PAS akan bersama Pakatan Harapan selagi DAP yang turut menjadi parti komponen di dalamnya masih menentang dasar perjuangan parti Islam itu, atau Amanah terus menyerang PAS.

“Muhyiddin boleh menjadi pengantara dalam rundingan untuk mengelak pertandingan 3 penjuru. Beliau boleh menjadi penghubung antara Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata beliau yakin mampu menjadi ‘glue’ (pengikat) agar PAS kekal dengan pakatan pembangkang dalam usaha memastikan mereka tidak terlibat dalam pertandingan 3 penjuru.

Beliau baru-baru ini mendedahkan ada menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan perkara itu.

“Kita yakin boleh menjadi ‘glue’ kepada PAS agar terus bersama melawan BN dalam pilihan raya nanti,” katanya dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin PPBM Kelantan baru-baru ini.

Esok, bekas timbalan presiden Umno itu dijangka tampil di atas pentas PAS buat julung kalinya, dalam program anjuran PAS Terengganu.

Iskandar berkata beliau yakin pembangkang masih boleh menggugat BN walaupun PAS tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.

Katanya, setiap parti boleh memperjuangkan agenda masing-masing tetapi pada PRU akan datang, kedua-dua blok pembangkang mesti mempunyai persefahaman.

“Jurang perbezaan yang terlalu jauh di antara parti menghalang pembentukan 1 blok pembangkang.

“Tetapi 2 blok pembangkang boleh menggugat BN jika wujudnya persefahaman pilihan raya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa