Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 11, 2016

Memang Mahathir - Anwar sudah berdamai?

Dr M harap tiada lagi permusuhan antara dia dan Anwar
Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 10:30 pagi      Hari ini, 10:38 pagi

Selepas salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.

“Saya sudah berdamai,” kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.

Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:

“Saya patut harap begitu”.

Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya.

Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.

“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri).”

Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur “jarak kerjasama” tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa