Thursday, October 6, 2016

Nak disiplinkan orang? Hahaa........aku dah kata depa dah besar kepala!

Pas disiplinkan pembangkang guna cara sendiri
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 6 OKTOBER 2016
Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KOTA BHARU - Ketika mana Pas kini dipujuk oleh parti-parti pembangkang, Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti itu kini sedang memimpin gerakan pembangkang dan mendisiplinkan mereka dengan caranya sendiri.

Memetik catatan di laman Facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Pas bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain untuk ke Putrajaya sebaliknya membina tangga untuk rakyat menuju ke pusat pentadbiran negara itu.

“Pas sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. Pas sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya. Pas membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain,” katanya.

Pas kini menjadi perhatian apabila blok pembangkang berusaha menyatukan kembali parti-parti pembangkang ketika mana PRU14 dikatakan bakal diadakan seawal tahun hadapan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dikatakan individu yang berperanan dalam usaha memujuk Pas malah mengakui mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan di masa hadapan wujudnya blok baru termasuk kehadiran Pas dalam BN.

Mohamad Abduh berkata, mereka yang mengajak Pas menukar tindakan Pas itu seperti langkah yang diambil oleh pimpinan Pas yang telah menyertai Amanah supaya menukar hala tujunya dan langkah itu dianggap sia-sia.

Menurutnya, mereka yang ingin berunding dan berurusan dengan Pas perlulah mengetahui terlebih dahulu latar politik termasuk kedudukan parti itu di mata rakyat.

“Di Malaysia, selepas Umno, Pas pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya. Ahli dan penyokong Pas adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin Pas Insya-ALLAH, Pemuda Pas kental memikul amanah besar ini,” katanya.

Bagaimana dengan amanah pengundi yang harus diutamakan?

PAS pilihan utama rakyat? 
Cuba bertanding sendirian, berapa peratus undi yang PAS akan dapat?

3 comments:

  1. Berlagak betul !

    ReplyDelete
  2. Pas di bawah pimpinan yg ada adalah bodoh sombong.
    Nyesal aku bg sokongan last election.
    Sorry...no more vote for PAS

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa