Monday, October 10, 2016

SR pakai jin ker, boleh dapat benda-benda gini? Dah kalahkan jin RPK!

*Sepatutnya cari bomoh dan minta halau Jin yang ada hubungan dengan SR ni.

Sarawak Report Tunjuk Bukti Penyata Bank Najib Ada Kemasukan Wang Jutaan Ringgit Berbanding Gajinya Pada Tahun Lepas!
Jadi semalam ini yang kecohnya. Rakyat Malaysia bukan sahaja gagal mengakses laman Sarawak Report yang diblock di negara ini bahkan juga gagal berkongsikan link portal berkenaan di Facebook. 

Pada semalam selepas mengemaskini portal dengan artikel baru, SR memilih untuk mengedarkan beberapa salinan yang dipercayai merujuk kepada penyata akaun milik Najib di laman FB rasmi mereka

3 penyata ini menunjukkan berlakunya beberapa transaksi di antara bulan Feb 2015 dan Mac 2015. Sekitar 3.4 juta ringgit dimasukkan secara beransur-ansur. Ini berlaku pada tahun lepas tau! Pun begitu kita tetap perlukan pengesahan dan penjelasan dari pihak Najib Razak. Adakah penyebaran ini merujuk pada dokumentasi fitnah ataupun sebaliknya. 

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya (Malaysiakini). 

Adakah pendedahan ini merupakan satu cabaran terbuka dari SR kepada SPRM untuk menyiasat Najib Razak? Najib perolehi jumlah pendapatan sebanyak 100,000,00 sebulan termasukla pelbagai jenis elaun dan imbuhan (ikut kenyataan SR la) namun kemasukan 3.4j adalah diluar dari kemanpuan Najib. 34 kali ganda bezanya. Dari mana Najib perolehi wang-wang tersebut? Derma lagi ka? Marila menjelaskan pada kami semua. Takmau run run lagi tau. - Ameno World

1 comment:

  1. Baca betul2. "Bank statements made available to SR... " Mungkin org dlm yg meluat dgn karenah MO1 yg bg. Lainlah dgn RPK. Jin-Syaitan dia yg bagi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa