Tuesday, October 4, 2016

Takkanlah sebodoh itu mencari jalan lain selain dari menjarah dan jual apa saja yang ada?

* Nak ugut kerajaan pusat? Inikah gaya kamu perintah? Cari duit pun tak reti

Tak payahlah.......cuba fikir cara lain untuk dapatkan duit!

Pembalakan boleh henti, jika bayar royalti minyak, kata timbalan MB

  | October 4, 2016
Mohd Amar berkata, aktiviti pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan, kerana pihak terbabit mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.
PETALING JAYA: Aktiviti pembalakan di Kelantan boleh dihentikan, jika kerajaan pusat membayar royalti minyak mengikut perjanjian asal, kata timbalan menteri besar negeri itu.
“Balak hasil utama negeri. Kita boleh berhenti kalau kerajaan pusat bayar royalti minyak sebagaimana perjanjian,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas gesaan Pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel yang mahu semua aktiviti pembalakan di Kelantan dibekukan dan kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu “menghentikan sindrom penafian” dan menunjukkan kepimpinan dengan memperkenalkan dasar ketat menguruskan hutan.
Rabu lalu, seorang Orang Asli nyaris terputus kakinya ketika 160 Orang Asli dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) cuba mempertahankan penghalang jalan daripada dirobohkan 30 lelaki bersama 3 anggota polis berseragam di penempatan Orang Asli Pos Simpor, dekat Gua Musang.
Setiausaha JKOAK, Mustafa Along, 29, bersama 2 Orang Asli, iaitu Manglo Tegau, 24, dan Salim Tegau, 31, turut ditahan kerana enggan bekerjasama, sebelum dibebaskan.
Nik Amar yang juga exco pembangunan wilayah, tanah, pelaburan dan sumber asli berkata, aktiviti pembalakan di Gua Musang bukan pencerobohan, kerana pihak terbabit mempunyai konsesi di Hutan Simpan Kekal Balah.
“Isu di Gua Musang bukan pencerobohan. Pembalakan dibuat dengan lesen. Kelantan dianugerah sijil pengurusan hutan terbaik oleh Jabatan Perhutanan,” tegasnya.

1 comment:

  1. Bangau oh bangau
    Sampai bila nak salahkan orang lain apa yang kita buat?
    Bangau oh bangau

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa