Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 6, 2016

Yang di atas lagi rasuah, maka yang di bawah?

RM300 JUTA DI BANK LUAR NEGARA?

PERUNTUKAN yang dihantar ke Sabah dari kementerian mana pun di pusat mestilah disalur ke kerajaan Sabah dan jika diaward mestilah kelulusan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Jabatan Air bawah Kementerian Kerja Raya dan setiap projek yang diberikan secara award mesti mendapat kelulusan dari yang bertanggungjawab di Sabah sendiri.

Jadi, apa yang berlaku dan yang mengejutkan kita di Sabah sudah tahu bagaimana sistem dana itu dikendalikan dan tidak hairan kaki tangan yang diamanahkan ramai yang rumah mereka seperti istana, berlagak sebagai jutawaan dan beli belah di luar negeri seperti taukeh judi.

Lalu bagaimana pula kayanya seorang menteri atau yang lebih berkuasa kendali projek bilion?

Nah, itu sebab selalu saya katakan TRILION dihantar ke Sabah tidak akan cukup kalau kasus RASUAH itu terus menjadi budaya kepimpinan negara dan negeri.

Yang di atas lagi rasuah, maka yang di bawah tentu akan melakukan perkara yang sama dan biasanya mereka berkata " Menteri kaya raya, tak kan kita tak boleh makan sama?" begitulah yang terjadi di sekitar kita ini.

Memang rasuah itu tidak akan ada kesudahannya atau mustahil dihapuskan tetapi boleh saja dikurangkan dan alangkah baiknya kalau rasuah itu diHUKUM TEMBAK macam di negara China dan ini rasanya lebih baik sebab rasuah itu menyusahkan semua rakyat dan rakyat yang dahagakan kebaikan/kemakmuran dibunuh oleh oleh para koruptor itu sendiri.

ISMAILY BUNGSU
5 Oktober, 2016
7:53pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa